LAKSANAKAN SYARIAH, WAJIBKAN BERHIJAB
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Gerakan Sokong Sariah (GESA)
Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara
Tarikh 1 Februari tahun ini adalah kali kedua
disambut sebagai Hari Hijab sedunia.
Hijab atau istilah lain di Malaysia berkelumbung, pakai tudung atau
jilbab di Indonesia. Istilah ini sewajarnya tidak lagi menjadi topik
canggung sejak revolusi Islamisasi tahun pertengahan 1970an hingga
awal 1980an yang dilakukan oleh ABIM, PKPIM, Al Arqam di
kampus-kampus. Sebelumnya, memakai tudung dalam filem-filem adalah
janggal, kalau pakai pun hanya skaf atau anak tudung sahaja sebagai
syarat itu pun watak-watak benar-benar solehah sahaja yang memakainya
misalnya watak ustazah.
Kehadiran penjajah sebenarnya telah banyak merubah sosial umat islam
Melayu antaranya adalah budaya menutup aurat. Adalah suatu yang boleh
dipercayai bahawa suatu ketika sejak zaman Kesultanan Kedah dan
Melaka, umat Islam telah menutup aurat dengan sempurna. Mereka tidak
memakai kain batik sepertimana watak -watak filem Chatay Keris
lakonan Latifah Omar dan seangkatannya. Nenek moyang kita pernah
mengalami pemerintahan dengan 100% syariah dilaksanakan. Hal inilah
yang antaranya termaktub dalam isi Batu Bersurat Kuala Berang.
Jika hudud yang begitu sukar dilaksanakan pernah dilaksanakan oleh
Raja Melayu inikan pula berhijab atau bertudung litup. Namun tiada
rekod atau video yang mampu merakam keindahan syariat ini. Sumber
bacaan sejarah kita hari ini malah Sulalatus Salatin kita pun
disalin daripada salinan luar negara (Goa India) dan banyak maklumat
yang masih tersimpan di Muzium dan perpustakaan penjajah. Dalam
naskhah kita hari ini, kita difahamkan bahawa wanita Islam zaman
dahulu di Tanah Melayu tidak berhijab, hanya berselubung selendang
kain batik semata-mata.
Penulis masih teringat bagaimana penyampai berita TV3 bernama Azura
memakai tudung, Ustaz Shamsuri dalam siri kulianya pernah menyarankan
para pendengar untuk menulis poskad menyatakan tahniah dan syukuyr
kerana beliau berani melawan arus menutup aurat dalam media sekular
Malaysia.
Namun walaupun puluhan tahun berlalu, negara telah lama merdeka,
syariat makin padu sewajatnya, masih kedengaran berita-berita
penghinaan dan diskriminasi terhadap wanita bertudung. Penulis masih
ingat diingatan bagaimana mahasiswi yang bertudung labuh
didiskriminasi, dibuang kolej kediaman kerana dikatakan ekstrim,
ortodoks dan sebagainya.
Dalam facebook World Hijab Day, Maryam
Shila (Dubai) menulis komentar
"I work in a the Emergency Medical Service as an ambulance
nurse-medic. When I reverted to Islam in the year 2009, my colleagues
laugh at me because of my Hijab. They thought that one day I will
remove it. But little did they knew I love the sense of it. My mom
who is not a Muslim but she feels women should cover as it is ordered
even in the Bible that is why she wears Hijab, how much more we
Muslims? On Feb. 1; we will show the world that Hijab is not just a
cover. It is where you can define modesty, and chastity, and
righteousness."
Rasa pelik dan canggung dengan perlaksanaan syariah personal
sepertimana menutup aurat ini bukan perkara baru. Malah ia juga
berlaku di Malaysia.
Misalnya di Malaysia isu yang masih panas adalah
kontroversi diskriminasi ke atas seorang guru mualaf, Choi Yi
Shan, 25, diarah membuka tudung semasa mengajar di Sekolah Jenis
Kebangsaan ina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, baru-baru ini.
Manakala Marinatasha Isnariah Mustapar, 33,
seorang penyanyi membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam
2.40 pagi kerana terhina dimalukan dengan dihalau turun pentas kerana
memakai tudung dalam majlis yang menghidangkan
arak.
Beliau sepatutnya menyanyi bersama band
Rufus mendakwa diarahkan turun daripada pentas ketika majlis makan
malam sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas,
Sri Hartamas. Namun dalam hal ini isu wanita
berhijab juga perlu mengetahui ilmu syariah lebih menyeluruh di mana
hukum wanita bernyanyi lagu nyanyian lagha (sia-sia) serta hukum
mengimarahkan majlis arak perlu difahami bukan sekadar isu
diskriminasi wanita berhijab semata-mata.
Penulis ingin menyelit satu kes yang melibatkan
kes menutup aurat di kalangan lelaki sebagai rujukan tambahan.
Diskriminasi terhadap atlit menutup aurat juga berlaku terhadap
pemain takraw di Malaysia negara wasatiyyah ini. Dahulu pernah
berlaku kekecohan pada Kejohanan Sepak Takraw
Kebangsaan Liga Siri Super 2011
di Dewan 2020, Kangar, Perlis selepas berlaku pertikaian seluar
panjang Fauzi Ghazali (kini Allahyarham)
sebagai pemain pasukan Perak dalam perlawanan tersebut.
Walaupun Perak telah menang 2-1, keputusan perlawanan itu diubah
menyebelahi Kedah ekoran bantahan terhadap pemakaian seluar panjang
'sut trek' yang didakwa tidak menepati peraturan permainan yang
ditetapkan PSM mahupun Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).
Bekas tekong Sukan Asia Busan 2002 itu juga
dikenakan kad merah dan dibuang daripada kejohanan oleh pengadil
apabila masih berkeras memakainya sebelum menentang Universiti
Teknologi Mara (UiTM) dan digantung daripada sebarang
kejohanan anjuran PSM sehingga kesnya dirujuk kepada Jawatankuasa
Tatatertib. Inilah antara kes diskriminasi menutup
aurat di Malaysia.
Berkempen isu hijab juga merupakan salah satu daya
tarikan dakwah kaum bukan Islam. Ada fahaman sekular menganggap jika
ingin mendekti non muslim, kita perlu kelihatan seperti budaya
mereka. Hal ini terbukti salah. Misalnya seorang gadis
Inggeris Jessica Rhodes (21)
memeluk Islam dan telah mendapat
petunjuk setelah mengambil bahagian dalam
Hari Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.
Kini statistik muallaf di Britain terus
meningkat. Menurut kajian terbaru, di Inggeris selama 6 tahun
terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah
masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau.
Berdasarkan data dari British Institute of Gatston, rata-rata,
ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al Jazeera
melaporkan.
Jumlah muallaf sangat sangat ketara di penjara dan di
sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah
muallaf terdiri daripada remaja, termasuk mereka yang berasal dari
Brazil, Luxembourg, dan Sweden.
Menurut laporan, setiap tahun sekitar 5000 orang Inggeris masuk Islam
Hari Hijab Sedunia dirancang untuk meredakan kontroversi dan
mendorong wanita bukan Muslim (atau
perempuan Muslim yang tidak mengenakannya) untuk menggunakan dan
mengalami pengalaman memakai tudung,
sebahagian daripada usaha untuk saling memahami.
Ilmuan Islam dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk melihat kempen itu
mampu memberikan kesedaran yang diperlukan dalam masyarakat
demokratik tentang asas hak dan mendidik masyarakat tentang asal
serta sebab berhijab ekoran beberapa negara telah mengharamkan
pemakaian hijab.
Kempen berhijab di Malaysia masih terbatas, malap dan lemah. Ia
kelihatan diswastakan kepada masjid-masjid sahaja dimana papan tanda
menutup aurat hanya dipasang sebagai syarat wanita berada di kawasan
perkarangan masjid. Malah kelihatan juga kerja berjuang memperomosi
menutup aurat juga diswastakan kepada NGO-NGO islamik sahaja tanpa
penguat kuasaan oleh pihak kerajaan sendiri.
Didikan menutup aurat pasti gagal jika anak isteri pemimpin negara
masih jauh daripada hijab. Malah masih ramai pemimpin bergaya berfoto
membuka aurat malah anak-anak pemimpin yang
tidak menutup aurat berpesta sosial luar negara kerap
memuat masuk gambar berkenaan di laman sosial sehingga menjadi
'inspirasi' kepada remaja negara ini untuk menolak
menutup aurat.
Bersempena hari Hijab Sedunia tahun ini, Gerakan Sokong Syariah
(GESA) menyarankan dengan tegas agar pihak kerajaan mewajibkan rakyat
untuk menutup aurat dalam majlis rasmi kerajaan, diadakan kod
berpakaian menutup aurat bagi penjawat awam dan mewajibkan isteri
atau pemimpin wanita menutup aurat sebagai langkah meralisasikan
istilah negara wasatiyyah yang sejati. Rakyat
perlu dididik. Pemimpnlah yang perlu memulakan langkah memartabat
syariah melalui salah satu juzuknya iaitu menutup aurat.
Bertam 2 Feb 2014
3.43 pagi
No comments:
Post a Comment