MEMORANDUM
KEPADA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ISU BOCOR SOALAN UPSR; PELBAGAI ASPEK PERLU
DIPERHALUSI
Oleh
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
14 September 2014
Latar belakang
Rakyat malaysia menerima kejutan yang cukup banyak pada tahun ini.
Bermula isu mister kehilangan pesawat MAS MH 370, disusuli pula
tragedi berdarah MH 17 yang ditembak oleh pohak yang hingga kini
tidak mengaku bertanggungjawab, kini rakyat Malaysia dikejutkan
dengan insiden penundaan peperiksaan UPSR kerana kebocoran kertas
berkenaan.
Adalah dianggarkan kerugian akibat kepincangan ini adalah :
Kos percetakan untuk lebih 473,175 calon Upsr di lebih 7,000 pusat
peperiksaan
Hampir 45,000 kakitangan Kementerian
Pendidikan yang dibayar elaun khas
Insiden ini bermula apabila apabila Pengarah
Peperiksaan mengeluarkan arahan pekeliling bertarikh 10 September
menyatakan bahawa peperiksaan Sains ditangguh kerana dikesan adanya
kebocoran soalan. Hal ini telah menimbulkan keluhan dan rungutan yang
cukup hebat. Pada tarikh 10.9.2014 pihak Lembaga Peperiksaan
(LP) telah membuat kenyataan media berkaitan Peperiksaan Science 018
(SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 telah didapati
bocor.
Hal itu tidak sekadar itu malah berlanjutan
apabila Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa
Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh
11 September 2014 telah didapati bocor. Lembaga Peperiksaan telah
menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar.
Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas
peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi
UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah
dibatalkan serta tarikh baharu bagi
peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah
pada 30 September 2014 bersekali dengan kertas
Science 018, 028 dan 038.
Pada 23 hb September diumumkan pula kertas ujian Mathematics 015/1
(Sekolah Kebangsaan), 025/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 035/1
(Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Bahasa Tamil 036, 037 yang
berlangsung pada 10 Sept dibatalkan setelah disahkan bocor.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata tarikh
baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil
036, 037 adalah pada 9 Okt setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha
dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran).
Ramai yang merintih terutama calon peperiksaan berkenaan sendiri.
Ikon pelajar memasukkan kepala ke dalam beg sekolah kelihatan lucu
tetapi cukup sinikal dan memalukan pihak yang bertanggungjawab.
Tekanan akibat persediaan yang tergendala, persediaan emosi dan
spiritual menjadikan peperiksaan ini sebagai peristiwa hitam bagi
kanak-kanak yang menduduki UPSR.
Guru antara yang menerima kesan segera dan buruk
rentetan perkara ini. Media dan masyarakat akan memalu
para guru. Satu demi satu isu guru
dimainkan mediasekaligus seolah-olah mencerca
profesion perguruan.
Apakah respon daripada isu ini?
- KPM akan menubuhkan satu Jawatankuasa Bebas bagi meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP), pengendalian dan pengurusan peperiksaan awam. Ahli-ahlinya akan terdiri daripada pakar pelbagai bidang antaranya teknologi maklumat, keselamatan, dan logistic. ( Sinar Harian 12 September)
- Reaksi spontan Presiden, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan ; cari siapa yang membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kenakan hukuman paling maksimum. (Berita Harian 11 September 2014)
- Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng - pihaknya sedang mengumpul keterangan dan bekerjasama dengan Lembaga Peperiksaan serta agensi berkaitan bagi mencari dalang terlibat, tiga percakapan dirakamkan dan polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes kebocoran kertas subjek Sains dan Bahasa Inggeris sebaik menerima laporan pada 10 September lalu. ( Sinar Harian 13 September )
- Rata-rata ibu bapa terkilan dengan insiden kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dilaporkan bocor bagi dua mata pelajaran, Sains dan Bahasa Inggeris dan ia tindakan yang tidak bertanggungjawab malah tidak adil kerana membebankan murid-murid yang baru berusia 12 tahun. ( Sinar Harian 12 September)
- Syed Osman Mansur Pengerusi Biro Pemantauan dan Integriti dan Naib-Presiden Perkasa Malaysia - merasa kesal dengan kejadian ini. Sudah banyak kali isu kebocoran soalan peperiksaan seperti ini berlaku di negara kita. akui gejala kebocoran ini berlaku atas banyak kemungkinan; antaranya khianat, kurang telus, tidak bertanggungjawab, faktor upah dan rasuah. Mungkin juga atas sebab terlalu ghairah untuk mengejar prestasi dan kecemerlangan bagi pihak-pihak tertentu. ( Sinar Harian 12 September)
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia mengambil tindakan terhadap individu yang terbabit dengan kes soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bocor, sekiranya didapati wujud unsur rasuah. ( Sinar Harian 11 September)
- Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata kementerian juga perlu mencari pendekatan lebih berkesan. bermula dengan penyediaan soalan seterusnya percetakan diikuti membungkus kertas soalan yang kemudian disimpan di bilik kebal sebelum dikeluarkan untuk dihantar ke pusat peperiksaan.( Sinar Harian 11 September)
- Polis mengambil keterangan enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan seorang wartawan bagi membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. (Sinar Harian 13 September)
- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. (Bernama 12 September)
Exam oriented - menangguk di air yang keruh.
Peperiksaan adalah suatu keperluan terutama bagi peringkat tinggi dan
sebelum diterima dalam pengajian lebih tinggi.
Peperiksaan juga amat penting untuk penyediaan golongan pekerja
profesional yang memerlukan kompetensi (certified/authorized
person/operator/inspector) dalam sesuatu bidang tugas. Misalnya
penjaga jentera, dandang, mesian tertentu, dan beberapa bidang lainya
memerlukan peperiksaan sebagai kayu ukur kemampuan mereka untuk
bekerja.
Namun sistem pendidikan yang terlalu memberatkan peperiksaan
sehinggakan moto 5 A matlamat kami dan seumpamanya menghasilkan
doktrin yangkelihatan kian dahsyat.
Misalnya pendidikan berorientasi peperiksaan ini menghasilkan suasana
komersialisasi pendidikan seawal pendidikan awal kanak-kanak.
Pusat tusyen menjadi-jadi dengan janji manis yang pelbagai.
Penjualan soalan ramalan
Kelas tambahan dan kem teknik menjawab peperiksaan menjadi bisnes
Sehinggalah soalan bocor berkemungkin menjadi bisnes kontemporari
selepas melihat suasana ingin A yang banyak menjadi-jadi bukan sahaja
di kalangan guru yang memiliki KPI tersendiri, malah ibu bapa dan
anak-anak yang ingin sama tinggi dan sama rendah dengan rakan-rakan
lain.
Tidak mustahil jika kita katakan ada pihak yang menangguk di air yang
keruh untuk menjadikan soalan peperiksaan bocor sebagai bisnes
mereka.
Falsafah exam oriented seawal 12 tahun mendera emosi pelajar
Negara pernah terkilan dengan insiden S.
Subashini, 12, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang
Sempah Nibong Tebal yang dipercayai membunuh diri
hanya kerana menjangkakan untuk mendapat 4 A sebaliknya
hanya memperolehi 4 B, 2 C dan 1 D.
Semalam, tanpa diduga oleh keluarganya, Subashini dijumpai
tergantung pada jeriji tingkap bilik tidurnya dengan sehelai kain
selimut.
Hal ini telah menjadi perdebatan hebat pada tahun 2007 sehingga akan
ada ura-ura memansuhkan UPSR dan PMR yang sepatutnya sekadar
peperiksaan mengui minda sebaliknya diasuh seolah-olah masa depan
pelajar musnah jika tidak berjaya mencapai keputusan yang baik.
Bermula dari sindrom mengejar gred A itulah , kami juga berpendirian
bahawa isu yang lebih asasi dalam gejala soalan bocor ini adalah
berpunca dari orientasi pendidikan yang maseh sangat cenderung untuk
memberi penekanan kepada peperiksaan.
Sebagai akibat , paling minima , pelajar dan para guru amat ghairah
dengan amalan mencari soalan ramalan dan soalan yang diduga akan
keluar ( spot ) bagi memungkinkan pelajar dapat menjawab dengan
mudah. Banyak pusat tiusyen melonjak popular bila mampu membekal
soalan ramalan yang hampir tepat untuk diberi latihan tubi kepada
pelajar menjawab didalam peperiksaan.
Seawal usia 12 tahun, pelajar di Malaysia dibebankan dengan
peperiksaan yang seolah-olah penentu hidup mereka. Sedangkan terlalu
banyak contohnya pemimpin hebat, tokoh korporat dan ilmuan besar di
kampus tidak pun mencapai keputusan baiks emasa peperiksaan darjah 5
dahulu tetapi menjadi hebat dan terfokus semasa di peringkat SPM dan
STPM.
Ibubapa dan pelajar sangat ghairah mendapatkan soalan bocor hanya
kerana mahu mendapat gred tinggi walaupun dengan cara yang tidak
betul , pada hakikatnya adalah menipu diri sendiri.
Fakta-fakta kajian berkaitan isu ini?
- Satu kajian di China Profesor Cheng Pingyuan, Universiti Nanjing - gejala bunuh diri kanak-kanak dan remaja, lebih daripada 90 % daripada kes bunuh diri, kerana mereka tidak dapat menanggung tekanan yang berat sistem pendidikan berorientasikan-ujian ini. Menganalisis 79 kes bunuh diri pelajar sekolah rendah dan menengah pada tahun 2013, Cheng mendapati bahawa 92.7 peratus daripada mereka berbuat demikian selepas bertengkar dengan guru-guru mereka atau telah hidup di bawah tekanan berat pengajian. Mengejar skor ujian yang tinggi bukan sahaja membawa tekanan kepada pelajar, tetapi juga kepada guru-guru, menjadikan hubungan antara guru dan pelajar lebih teruk, terutamanya apabila pelajar melakukan dengan baik dalam peperiksaan, yang akhirnya membawa kepada beberapa kes bunuh diri pelajar. ( Shanghaiist.com 2014-05-14)
- Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa 14.4 peratus remaja berusia 16 tahun hingga 19 tahun mengalami masalah kesihatan mental berbanding dengan golongan dewasa yang mencatatkan 11.2 peratus kes. Tekanan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh faktor pendidikan kerana menduduki beberapa peperiksaan penting sepanjang usia remaja. Selain itu, remaja juga “terperangkap” dengan harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, masalah kurang perhatian keluarga dan tahap keyakinan diri yang menurun. (Dewan Siswa April 2012)
- Ketua Majlis Penasihat Saintifik kepada Perdana Menteri India , CN Rao telah menulis surat kepada Perdana Menteri dan menyatakan bahawa sistem pendidikan India dianggap rosak. Rao telah mencadangkan kaedah Amerika mengadakan hanya satu peperiksaan kebangsaan sebelum menyertai mana-mana universiti dan bukannya pelbagai jenis peperiksaan berganda yang tidak masuk akal. Kata beliau lagi India hanya memiliki sistem peperiksaan tetapi bukannya sistem pendidikan kerana anak muda hanya sibuk menumpu peperiksaan bukannya menimba ilmu dan pengalaman. (Times of India)
- Tekanan peperiksaan menghancurkan pada remaja Korea Selatan. Berpuluh-puluh remaja membunuh diri setiap tahun - biasanya sekitar masa peperiksaan memasuki kolej tahunan. Dalam satu kes baru-baru ini remaja berusia 16 tahun di bandar barat daya Mokpo menyiram diri petrol serta cuba membakar diri. Beliau meninggalkan nota mengatakan yang dia telah lakukan prestasi peperiksaan yang teruk dalam ujian dan merasakan dirinya telah membiarkan air muka ibu bapanya jatuh. Bilangan bunuh diri sekolah-umur meningkat daripada 100 pada tahun 2003 kepada 202 pada tahun 2009, mengikut statistik Kementerian Pelajaran. Berpuluh-puluh lagi percubaan untuk membunuh diri tetapi terus hidup. ( AFP)
Isu integriti pasca kemerdekaan
Kami tidak menolak insiden ini menampilkan wajah buruk tahap
integriti di negara kita. Di saat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia
dan masih dalam Bulan Kemerdekaan, kita dihantui dilema dan krisis
integriti pasca kemerdekaan.
Tidak cukup dengan korupsi dan penyelewengan alatulis, makmal sains
dan melibatkan prasarana pendidikan, dunia pendidikan juga dilihat
korup sehingga ke dewan peperiksaan. Hal ini perlu diambil perhatian
walaupun dalam hal integriti material, infrastruktur yang dimaktub
tanpa jemu dalam laporan Ketua Audit Negara saban tahun ia kelihatan
terus diabaikan.
Sabotaj mungkin faktor tetapi bukan faktor utama
Pihak kami melihat jawapan bahawa insiden ini
sebagai suatu usaha sabotaj sebagai jawapan ‘escapisme’
daripada pihak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin. Dengan mengangkat isu sabotaj isu sebenar
bagi perkara ini akan tertutup dengan sendirinya kerana sabotaj adaah
asbab bersifat tidak tetap, hanya permasalahan semasa yang melibatkan
isu politik semasa. Kami berpendapat komentar seperti adalah
tidak sihat kerana ia akan mengalih isu besar yang melanda sistem
pendidikan negara yang sepatutnya diutamakan. Isu
kebocoran soalan peperiksaan yang bukan sekadar peperiksaan UPSR
malah banyak lagi peperiksaan di peringkat tinggi, penjawat awam dan
sebagainya dikatakan bocor.
Isunya disini adalah pihak KPM digesa meneliti
sebab musabab bermulanya gejala membocorkan kertas peperiksaan. Root
cause analysis, failure mode and effect analysis adalah
antara ‘tools’ yang boleh dgunakan oleh pihak Kementerian untuk
meneliti punca sebenar dalam masa yang sama mengekalkan tindakan
menyiasat dalang insiden UPSR terkini dan menjatuhkan hukuman
setimpal teradap mereka yang terlibat.
Kami menyeru supaya pihak kerajaan , terutama Kementerian Pendidikan
, melihat gejala soalan bocor ini dari perpsektif yang lebih luas
dalam konteks sistem pendidikan negara keseluruhannya. Pembaikkan
yang asasi demi memperbetulkan dan menilai semula sistem pendidikan
negara perlu dilakukan jika benar negara mahu dibangunkan mengikut
acuan sendiri.
No comments:
Post a Comment