PERLUNYA
REMAJA MENYERTAI ORGANISASI ISLAM1
Muhammad
Nuruddin Bashah2
Aktivis TERAS/MAPIM
Utara/GESA
Muqaddimah
:
Keperluan
para remaja menyertai organisasi Islam atau istilah lain adaah Jamaah
Islam, Harakah islam, Gerakan Islam, NGO Islam, Tanzim Islam adalah
untuk menyediakan diri beramal secara kolektif, progresif, berhadaf
(berobjektif), berkesan, mudah dan sah dari aspek syari’e.
Para
remaja Islam akan menjadi belia (syabab) suatu ketika nanti dan
mereka akan menjadi fardul Muslim yang bekerja untuk Islam.
Kertas
ini adalah pengenalan paling asas untuk remaja mengenali marhalah
Ta’rif (pengenalan) dalam Gerakan Islam.
Kenali
Istilah:
Remaja
- istilah syab dan fata - umur lingkungan 13 tahun hingga awal 20an.
Dalil
kenali fatayat dan Shabab dalam Islam
Dalil
1:
“Sesungguhnya
mereka adalah para pemuda yang beriman kepada Rabb-Nya dan kami
tambahkan petunjuk kepada mereka….” (QS. Al-Kahfi:13).
Dalil
2:
Rasulullah
saw ketika diangkat menjadi Rasul berumur empat puluh tahun.
Dalil
3:
Pemuda dan remaja yang ramai menerima seruan awal Rasulullah.
Ali
bin Abi Thalib
(8)
Zubair bin Awwam
(8),
Thalhah bin Ubaidillah (11), al Arqam bin Abi al Arqam (12), Abdullah
bin Mas’ud (14) yang kelak menjadi salah seorang ahli tafsir
terkemuka, Saad bin Abi Waqqash (17) yang kelak menjadi panglima
perang yang menundukkan Parsi, Jaafar bin Abi Thalib (18), Zaid bin
Haritsah (20), Utsman bin Affan (20), Mush’ab bin Umair (24), Umar
bin Khatab (26), Abu Ubaidah Ibnul Jarah (27), Bilal bin Rabbah (30),
Abu Salamah (30), Abu Bakar Ash Shidiq (37), Hamzah bin Abdul
Muthalib (42), Ubaidah bin al Harits, yang paling tua diantara semua
sahabat yang berusia 50 tahun.
Dalil
4:
Rasulullah
saw. ada bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan
Abu Ya’la:
“Allah
SWT amat takjub melihat pemuda yang tidak melakukan perbuatan ganjil
dan menyeleweng.”
Dalil
5: Rasulullah
SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
dan Imam Muslim
dari Abu Hurairah:
“7
golongan manusia yang akan dilindungi Allah SWT di bawah naungannya
pada satu hari yang tidak ada satu perlindungan pun melainkan naungan
Allah SWT. Pemimpin
yang adil,
pemuda yang dibesarkan dalam suasana beribadah kepada Allah SWT.,
lelaki yang hatinya terikat dengan masjid .....”
Kenapa
perlu sertai Organisasi Islam?
- Organisasi Islam ada hadaf (sasaran) dan ghayah (matlamat) terhadap perjuangan dakwah, islah, siasah dan tarbiah untuk Islam.
- Remaja perlukan murabbi (pendidik), idol, ikon, naqib (fasilitator), guru untuk berdakwah atas jalan Islam. Organisasi Islam akan menyediakan semua ini.
- Organisasi Islam dapat mendidik ahli untuk meningkatkan kualiti pembentukan individu Muslim selari dengan syariat Islam. -Hidup dengan lebih sistematik dan teratur kerana orang yang melibatkan diri dengan persatuan akan lebih bijak membahagikan masa -Meninggalkan perkara lagho dan tidak berfaedah (cth: menonton movie, borak kosong,mengikut hawa nafsu, berlebih-lebihan dalam tidur,makan, dll) -Firman Allah SWT: “Demi masa.sunguh, manusia berada dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”. (Surah Al-Asr : 1-3)
- Ust Fathi Yakan dalam buku karangan beliau bertajuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” menyatakan bahawa: Apabila saya mengaku sebagai seorang muslim, maka saya wajib bekerja untuk Islam. Saya patut bekerja dalam satu jemaah, bekerjasama dengan pendakwah lain yang menyeru kepada Allah dan menyuruh kepada kebaikan serta mencegah keburukan. Saya harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang benar-benar Islam.
- Organisasi hasilkan undividu yang mengambil berat urusan saudaranya. -Sabda Nabi SAW:“Barangsiapa yang bangun (pada waktu) pagi dan tidak mengambil berat urusan umat Islam, dia bukanlah dari golongan mereka” Firman Allah SWT:“dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.Bertaqwalah kepada Allah,sungguh, Allah sangat berat siksaNya.” (Surah Al-Maidah : 2)
- Dr Yusuf Al-Qardhawi juga meletakkan kewajipan untuk bersatu di atas Islam menjadi salah satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh remaja Muslim.Dalam kitabnya bertajuk “Kewajipan Remaja Muslim pada Hari Ini”, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyatakan bahawa, Sesungguhnya remaja-remaja yang cuba membawa diri mereka untuk memahami Islam dengan kefahaman yang betul, beriman dengan Islam yang mendalam, dan saling memberi wasiat antara satu sama lain dan mengajak orang kepada Islam,mestilah saling tolong menolong antara satu sama lain dan mengikat hubungan ukhwah antara mereka.
- Menyingkirkan sikap individualistik dalam semua hal. -Menghakis sikap mementingkan diri sendiri. Dalam sesuatu perkara kita terpaksa mengorbankan kepentingan diri kita sendiri demi kemaslahatan umum. Ini merupakan salah satu bentuk pentarbiahan yang mendidik setiap individu muslim agar menjiwai erti pengorbanan demi sahabat, persatuan, dan Islam.Jika kita halusi perkara ini, ianya dapat diklasifikasikan sebagai konsep ukhwah pada tahap yang tertinggi ( Ithar ).
Ciri
Remaja yang layak bersama organisasi Islam:
1.
Menjauhi segala bentuk syirik dalam hidup dan mentauhidkanNya dalam
setiap amalan.
Dan
(ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi
nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya
perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
(Luqman
31:13)
- Berhati-hati dalam setiap perbuatan luaran (mulut dan anggota badan) dan dalaman (hati) agar tidak melanggar Syariat kerana meyakini yang setiap perbuatan akan dinilai dan dibalas Allah SWT yang Maha Mengetahui.
(Luqman
menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku,
sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk)
sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu
besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh
Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha
Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang
tersembunyi.
(Luqman
31:16)
3 .Istiqamah
dalam menunaikan solat, bertanggungjawab melakukan kerja dakwah dan
sabar dalam setiap dugaan dan cabaran yang menimpanya.
"Wahai
anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat
kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar,
dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya
yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki
diambil berat melakukannya.
(Luqman
31:17)
4. Tawadhu’
dalam perbuatan dan percakapan.
"Dan
janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada
manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak
sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri.
(Luqman
31:18)
Persediaan
Remaja/Pemuda
Islam
(Menurut Dr Fathi Yakan)
1. Persediaan
dari segi pemikiran.
Membentuk
Pemuda yang mempunyai aqliyah Islamiyah (berfikir secara Islam).
Asas
Saqafah
(pengetahuan) iaitu pengetahuan Islam dan pengetahuan umum.
Pengetahuan
Islam perlu dipelajari dari al-Quran dan tafsirnya, as-Sunnah dan
ulumnya, as-Sirah an-Nabawiyah, kehidupan para sahabat, fiqh dan usul
fiqh, ilmu Aqidah, ilmu Tazkiyah dan sistem-sistem Islam.
2. Persediaan
dari segi kejiwaan.
Pembentukan
kejiwaan secara Islam bagi Pemuda Islam ialah kejiwaan yang
menggunakan naluri dan kecenderungan mengikut hokum syara’.
3. Persediaan
dari segi haraki (pergerakan).
Melatih
mereka agar mentaati dan beribadat kepada Allah s. w.t iaitu solat
berjemaah, puasa bersama, haji bersama, hadiri majlis-majlis ilmu,
zikir, ikuti sunah dan perkukuhkan hubungan dengan kitab Allah dari
segi bacaan, hafalan dan tafsiran.
Melatih
mereka dalam soal tanzim (organisasi) termasuk perencanaan,
pentadbiran, kepimpinan dan segala tanggungjawab (masuliah).
4. Melatih
mereka menanggung kesusahan,
menemui kepayahan dan menghadapi bahaya untuk memperkuatkan kecekalan
mereka, kesabaran dan mengkentalkan kemahuan mereka.
Contoh
Remaja/Pemuda luar negara yang berjuang untuk matlamat tertentu:
- Jose Rizal menentang penjajah di Filipina sehingga membawa kepada pembunuhan beliau secara tragis.
- Sheikh Muhamad Abduh mengembangkan idea-idea Pan Islamisme dengan dilatari oleh Universiti al-Azhar sehingga beliau dipecat dari universiti Islam paling berprestij itu akibat kekuatan idea Pan Islamisme yang mengancam hegemoni Barat yang sedang menguasai Mesir Barat.
3. Hassan
al-Banna (1906-1949) juga adalah seorang anak muda ketika menubuhkan
Ikhwanul
Muslimin di Ismailiah, Mesir pada tahun 1928 sehingga gerakan ini
menjadi sangat
fenomenal pada abad ke-20.
4. Di
negara China, tokoh-tokoh kampus seperti Mao Tze Tung, Li Ta Chao,
Chen Tu Shiu adalah
penggerak kepada Peristiwa 4 Mei 1919 yang akhirnya berjaya
meledakkan kebangkitan
Komunisme sehingga tertegaknya Republik Rakyat Komunis pada tahun
1949
di China.
5. Komunisme
yang menafikan fitrah akhirnya memunculkan wajah-wajah hodoh,
anak-anak
kampus juga bangkit menolak kekejaman
komunis
dengan kemuncaknya berlaku
tragedi berdarah Tianmen 1990.
6. Sejarah
juga telah mencatatkan Revolusi Bolshevik 1917 di Rusia telah
digerakkan oleh
anak-anak muda kampus yang telah diindoktrinkan dengan fahaman
komunisme,
Tzar Nicholas dan kelas Borgouis akhirnya menggelongsor dari sangkar
merak
kayangannya.
7. Raden
Anjeng Kartini dengan gerakan sosialnya sangat muda ketika meninggal
dunia.
8. Omar
Said Chokroaminoto anak muda intelektual yang mengasaskan Sarekat
Islam yang
dianggotai oleh ribuan anak-anak muda, sebuah gerakan tersohor di
Indonesia.
- Soekarno adalah pemimpin mahasiswa dinamis yan dikeluarkan dari Kolej Teknologi Bandung. Pidatonya yang memukau telah membangkitkan semangat anak-anak muda untuk berjuang dan berkorban di bawah panji 'sang saka merah putih'.
- Dr. Natsir antara anak kampus yang paling menonjol dalam perjuangan aliran Islam, bahkan nama cendekiawan Islam ini setaraf tokoh-tokoh pentas antarabangsa. Dr. Natsir pernah memimpin perang Revolusi 1945 sehingga membawa kepada kemerdekaan Indonesia. Beliau juga berperanan membangkitkan peranan angkatan muda dalam Majlis Syura Muslimin (MASHYUMI).
- Pada tahun 1965 ketika Soekarno digulingkan oleh Jeneral Suharto, anak muda kampuslah yang menggerakkan kesedaran politik rakyat sehingga kebobrokan pemerintahan regim Suharto berjaya digulingkan.
1
Untuk program pembinaan remaja anjuran
Salimah-MAPIM di Baitul Ummah Sungai Layar 13 September 2014.
2
Penulis adalah jurutera yang kini sedang
mendalami pengajian Islam serta terlibat dalam aktiviti dakwah dan
aktivis NGO Islam. Penulis boleh dihubungi melalui :
jihadin82@yahoo.com,
017-6291368, FB (nama penuh), blog : MUDA TERAS, Laman Munawwarah
II, Landskap Siasah.
No comments:
Post a Comment