GESA
perjuangkan benteras Syariahfobia dikalangan umat Islam Melayu
Ulasan
mantap dan padat walaupun waktu yang singkat, begitulah antara
komentar para hadirin Forum Sokong Syariah yang dianjurkan oleh
‘front’ GESA iaitu Gerakan Sokong Syariah yang dianjurkan oleh
TERAS semalam.
GESA
yang kini berusia hampir setahun sejak 29 Januari 2012 ditubuhkan ini
berperanan mendidik dan mengembleng masyarakat untuk menyokong sistem
syariah Islam secara holistik walaupun tanpa jentera politik. Melalui
pentas NGO sebegini, kapasiti dan kesan gelombang dakwahnya dapat
menembusi segenap masjid dan surau-surauuntuk memahamkan rakyat
betapa negara bernama Malaysia ini cukup matang dan ‘baligh’
untuk melaksanakan syariah selepas pernah melaksanakannya 100%
sebelum 1511 Masihi lalu.
Dalam Forum yang
mendapat kerjasama Masjid Andalusia Laguna Merbok semalam, Panel
pertama Ustaz Amri Nasrun yang merupakan Mudir Pengetua
Tahfiz Mutmainnah
di Kedah membuka icara melalui kupasan erti syariah dari aspek
etimologi dan terminologi. Beliau yang menerangkan perumpamaan
syariah sebagai air sungai dan jalan yang menjadi haluan serta laluan
manusia ke arah kebenaran juga menerangkan syariah juga dianggap
sebagai benteng kepada agama itu sendiri. Disebabkan iman itu yazid
wa yanqus (fluctuate), maka perlunya suatu undang-undang teap
mengawal batas tindakan manusia.
Para
hadiri juga cukup insaf dengan video sebatan cara hudud yang
dilaksanakan di sebuah negara islam. Iada kecederaan, pesalah
dipakaikan baju, disebat secara pantas, diberi khutbah keinsafan,
malah para hadirin bertakbir sepanjang hukuman. Selepas selesai
pesalah dipeluk dan diberi penghormatan kerana telah suci daripada
dosa dan noda. Tidak seperti kesalahan zina atau rogol di kalangan
masyarakat Melayu yang hanya dihukum penjara, mereka dipulau dan
dianggap pendosa sehingga mati kerana jelas dosa mereka tidak
disucikan lagi.
Panel
kedua iaitu penasihat syariah Allianze Bank Ustaz Zaharudin Mohamad
telah membawa beberapa kes isu sivil yang boleh diterjemah melalui
hukum syariah yang bertujuan membela mangsa.
Misalnya
dalam kes Gopeng Berdarah apabila pemandu lori secara cuai melanggar
8 pekerja Propel di tepi lebuhraya, hukuman 4 tahun penjara hanya
menzalimi isteri si pesalah manakala hak dan gantirugi untuk isteri
mangsa pula langsung tiada pembelaan. Sepatutnya si pesalah membayar
diyat muqaddarah kerana membunuh seakan-akan membunuh yang mana kos
diyat menagmbil kira kerugian mangsa. Jumlah diyat yang tidak mampu
dibayar perlu ditambah oleh pihak al aqilah iaitu penerima faraid
ertinggi si pesalah. Jumlah selebihnya ditambah oleh baitul Mal.
Pihak yang menerima pembelaan mungkin syarikat lori berkenaan kerana
boleh menuntut faedah akibat kemalangan melalui insuran.
Melalui
perbualan selepas forum juga, Ustaz Zaharudin yang pernah menerangkan
hukum syariah kepada beberapa wakil rakyat bukan islam ini juga
menerangkan kepada penulis, bagi jenayah rogol, selain hukuman hudud
sebatan dan rejam hukuman gantirugi juga dilaksanakan kerana ia
mencederakan mangsa. Kemaluan mangsa yang dirosakkan pelru diberi
pampasan bukan sekadar menghukum si perogol.
Namun
hari ini pampasan anggota badan kelihatan dikermersialkan dan hanya
diswastakan kepada syarika insuran untuk ditentukan kerugian akibat
kehilangan anggota. Jika mangsa jenayah tiada perlindungan insuran,
maka tiada gantirugi diperuntukkan kepada mereka menurut sistem
konvensional.
Begitu
juga jika syariah ditegak, ibu bapa Aminulrasyid pasti dibayar
pampasan kerana si polis memang membunuh tetapi membunuh bukan untuk
kepentingan diri sebaliknya untuk memacu undnag-undang. Maka diyatnya
pelru ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Kes ini sama sahaja dalam
kes Khalid Al Walid yang tersalah membunuh dalam sebuah peperangan di
mana diyatnya dianggung oleh Rasulullah dan sahabat.
Presiden
TERAS Cikgu Azmi Abd Hamid pula memacu giliran ketiga forum dengan
menerangkan betapa sepanjang tempoh 446 tahun dijajah sudah cukup
menanam paradigma ‘syariahfobia’ di kalangan orang melayu malah
seolah-olah hukum ini cukup asing! Inilah bahana perancangan
penjajah.
Kini
Raja kerajaan Buthan telah mengambil sikap mahu mencuba sistem
syariah kerana semua sistem polisi negara sekular atau agama lain
telah gagal. Malah keikhlasan Sultan Brunei ingin melaksanakan
syariah 100% termasuk hudud cukup menginsafkan kita dala rumpun
melayu yang dikatakan konon sinonim dengan Islam.
GESA
pasti akan melebar sayap untuk terus mendidik masyarakat. Perubahan
dan transformasi dalam pemikiran rakyat ke arah cintakan syariah
perlu dilakukan secara konsisten memandangkan dunia hari ini bakal
berkiblatkan kepada syariah. Inilah tekad MAPIM dan TERAS selama ini.
Muhammad
Nuruddin Bashah
Unit
kajian Ilmiah MAPIM
Aktivis
TERAS 2013
No comments:
Post a Comment