KEM
TAHARAH SALIMAH UPAYA MENDIDIK ANAK ROHINGYA
Sungai
Petani 3hb Jan 2015 - Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) dan
SALIMAH hari ini mengambil inisiatif mengadakan "Kem TAHARAH"
cara bersuCi serta Solat untuk anak-anak
Rohingya bertempat di Baitul Rahmah Rohingya Learning Center (BRRLC)
di sini.
Menurut
Pengerusi SALIMAH Kedah iaitu Ustazah Rubiyah Haron, kem selama satu
hari ini melibatkan 60 orang peserta dengan dibantu oleh 6 orang
fasilitator dari MAPIM dan SALIMAH dengan modul cara bersuci menurut
syariat Islam. Selain itu peserta juga didedahkan dengan ilmu fardhu
ain dan cara solat yang betul.
BRRLC yang
kini menempatkan anak-anak Rohingya sekitar Sungai Petani merupakan
satu-satunya pusat pendidikan Rohingya kendalian MAPIM dengan dibantu
oleh SALIMAH akan meneruskan kem sebegini secara berterusan dan
berperingkat sepanjang sesi persekolahan setiap tahun.
Mendidik dan mengasuh
anak pelarian atau bahasa sahihnya ‘ anak muhajirin’ adalah
tanggungjawab umat isla seakidah memandangkan kanak-kanak ini menjadi
mangsa kezaliman regim Myanmar yang masih berlarutan sehingga kini.
Kepada
pihak yang berhasrat membantu melalui wang ringgit, anda dapat
berbuat demikian melalui akaun di bawah:
Al-Rajhi :
15400-1880630441 [Rohingya Humanitarian Fund-MAPIM],
Bank
Muamalat : 0202002665718 ( Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia
(SALIMAH)
Kepada
pihak budiman yang ingin berbincang sekiranya ada van terpakai untk
disumbang kepada MAPIM sila ajukan perbincangan kepada:
Ustaz
Ahmad Tarmizi Sulaiman ( 017 5606131)
Ustaz
Syukri ( 019 7585658 )
Ahmad
Tarmizi Sulaiman
Naib
Presiden MAPIM
No comments:
Post a Comment