MEMURNIKAN POLITIK BANGSA DENGAN ISLAM
Muhammad Nuruddin Bin Bashah1
Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara
Tulisan ini ikhlasnya untuk menyahut
seruan dan gagasan Presiden TERAS yang mambawa tema MEMURNIKAN
POLITIK BANGSA , MEMBANGUN NEGARA BERWIBAWA
sebagai Ucapan Bertindak PPMK TERAS Kali
ke 16 tahun 2014 / 1435 H.
Politik dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat bermaksud
pengetahun dan ilmu dasar negara, siasah dan kenegaraan.
Manakala istilah bangsa di sini saya yakin ia bukan
bermaksud terma etnik yang chauvinis. Ia merupakan suatu pandang
sarwa yang luas berkenaan konsep bangsa Malaysia yang ditunjangi
politiknya oleh kamum Melayu Islam.
Negara berwibawa bukanlah maksudnya
hanya cemerlang, terbilang dan terkenal semata-mata. Bukan mengejar
perkembangan KDNK, FDI mahupun mengejar rangking indeks tertentu
sesebuah negara. Negara berwibawa pastilah cocok dengan klausa
baldatun
tayyibatun atau
negara tayyibah yang merupakan pra syarat kerajaan yang mendapat
rahmat dan kasih Allah SWT.
Gagasan memurnikan politik melayu adalah suatu gagasan
setelah melihat sesuatu yang tulen telah tercemar. Perkara yang tulen
ituah siasah meayu yang berteraskan Islam. Ia kian tercemar dan rosak
akibat pragmatisme, machivellisme, sekularisme dan liberalisme yang
merosakkan mabda’ (asas) bagi agenda politik melayu. Kesemua isme
yang dinyatakan di atas mencalar teruk nilai akhlak, adlu wal ihsan
yang merupakan ruh dalam politik Islam.
Akibat keterhakisan akhlak :
politik fitnah menfitnah, aib mengaib, kawan makan kawan, cenderung
dengan dasar yang merugikan Islam, melatah dan melulu dalam membuat
polisi kepada rakyat sehingga menghilangkan cahaya akhlak di muka
pemimpin.
Akibat keterhakisan keadilan:
Pengagihan bajet, harta kepada golongan yang bukan hak, skim bantuan
yang berasaskan miledge politik kepartian, membantu hanya kepada
penyokong sendiri sahaja bukan tanggungjawab untuk semua rakyat,
salah guna harta negara, skim perumahan, percukaian dan pendidikan
yang nampaknya meringankan beben tetapi bersifat selektif, menzalimi
sebahagian pihak, berbaur politik kepartian dan sebagainya.
Akibat keterhakisan ihsan
: Hilang rasa belas kepada kepayahan rakyat, menarik subsidi dan
bantuan walaupun ia adalah suatu sunnah yang syarie untuk kestabilan
ekonomi sosial zaman Nabi dan Sahabat, rakus boros dalam mengurus
harta dana negara dan sebagai imbalannya poket rakyat menjadi sumber
kewangan negara.
Namun antara ketiga elemen ini akhlaklah yang paling
penting dan perlu diberi perhatian kerana akhlak yang memandu
seseorang pemimpin untuk berlaku adil dan ihsan.
Perhalusi juga bagaimana sejarah Islam mengubah politik
bangsa Melayu.
Latar belakang siasah bangsa Melayu- Islam
mewarnai politik Melayu
Islam dan dakwah dikatakan berjaya
semasa pemerintahan Khalifah Umar Ibn Aziz sehingga ke Nusantara.
Usaha dakwahnya dikatakan menyebbkan Raja Srindravarman pengganti
Lokitavarman pada 718 Masihi memeluk Islam dan menukar nama kerajaan
kepada Sribuza Islam.2
Unsur akhlak adalah unsur utama selain penyucian aqidah
yang meresap dalam sosio politik dan budaya melayu.
Agama mempunyai pengaruh sebagai alat integratif dalam
masyarakat di mana kegiatan beragama mempunyai nilai fungsi kepada
kesejahteraan hidup manusia, di mana ia berperanan mengatur sistem
moral dan sosial masyarakat hingga muncul
keharmonian dalam kehidupan masyarakat. Sarjana dari dahulu
lagi berpendapat dimensi agama mempunyai peranan untuk membentuk
manusia menjadi pendorong, pengatur dan penjana pembangunan tamadun
di muka bumi ini3.
Inilah peranan yang juga dimainkan oleh Islam semasa di
awal kemunculnnya di Nusantara.
Penghakisan konsep Deva raja berlaku bertukar kepada Al
Sultan Zillullah Fi Al Ard ( Sultan bayangan Allah di bumi).
Prof Hassan Ahmad - selepas Islam,
konsep Tuan dengan Hamba bertukar kepada konsep pohon dengan akar
(nasihat Sultan Alaudin Riayat Syah kepada anaknya)5
Politik yang digagas oleh Al Farabi
adalah antara gagasan yang terbaik boleh dicontohi oleh pemimpin
politik Melayu Malaysia khususnya. Al-Farabi
adalah seorang ilmuan yang mengutamakan kebahagiaan dan kesempurnaan
dalam negara.
Idea ini timbul apabila al-Farabi melihat sistem
pemerintahan yang ada pada waktu itu menzalimi rakyat dan banyak
kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran hingga menjejaskan
kebahagiaan rakyat.
Al-Farabi menggambarkan ideanya dalam satu bentuk
analogi yang cukup cantik, iaitu kaitan antara sistem pentadbiran dan
struktur tubuh badan manusia.
Negara yang terbaik adalah idaman setiap
manusia. Seluruh rakyat bekerja untuk membina kehidupan serta
membangunkan negara sebagaimana peranan anggota tubuh badan tadi.
Ketua negara bertindak sebagai ‘hati’, di mana
tanggungjawab mereka adalah memimpin rakyat dan mentadbir negara
dengan baik.
Setiap negara yang dibangunkan mestilah mempunyai
tujuan dan harapan yang ingin dikecapi tanpa mengambil kira struktur
dan asas (ideologi) negara itu diwujudkan.
Abbas Mahmud menyatakan bahawa apa yang diinginkan oleh
al-Farabi ialah sebuah negara yang dapat memberikan kebahagiaan
kepada rakyatnya untuk dua dunia, iaitu dunia ini dan akhirat6.
Islam menolak kediktatoran dan kezaliman
Raja Ali Haji dalam Thamarat al
mahammah - kritik perilaku raja yang langgar syariat. Digelar
pujangga istana tetapi tidak mengampu istana7.
Beliau Kritik Sultan Mahmud (Riau Lingga) yang tidak
peduikan rakyat.
Dalam Sulallatus Salatin - ada
termuat wasiat Sultan Mansur Syah kepada puteranya agar melaksanakan
keadilan, jangan memakan harta orang, bermusyawarah, menolong sesiapa
yang teranaiya8.
Prof Hassan Ahmad - istilah feudal
adalah istilah barat yang merosakkan makna institusi kepimpinan
Melayu Islam kerana sistem feudal adaah hubungan pemimpin dengan
hamba pertanian. Bukti-bukti menunjukkan keadilan Sultan Melayu dan
ia dicemari dengan tokok tambah filem, kisah, hikayat Melayu yang ada
unsur sumber Barat9.
Melayu unggul dengan Islam
TERAS beranggapan, persoalan Melayu
adalah Islam dalam peruntukan perlembagaan adalah suatu pernyataan
untuk menyatukan bangsa Melayu atas nama Islam bukan atas nama Bangsa
semata-mata dan ia tidak bermakna suatu klausa menafikan hak beragama
kaum lain10.
TERAS menegaskan hanya parti yang
berdasarkan Islam, konssiten dengan kaedah syarak dan hujah ilmu yang
mampu menjaga kepentingan Melayu dan bukannya pihak pragmatik yang
berasas ideologi nasionalisme yang sudah kehilangan wibawa mewakili
orang Melayu11.
Mengislamkan politik Melayu
Konsep
sekarang terbalik kuang. Ingin menang dahulu dalam pilihanraya
barulah Islam dan akhlak diterapkan dengan mudah. Sedangkan konsep
yang ditinggalkan oleh Imam Mawardi adalah iqamah
ad dian wa siasah ad dunya bih
(bangunkan agama dan tadbirlah bumi dengannya yakni Islam)
Prof Hassan Ahmad pernah berkata
bangsa melayu paling banyak menjahanamkan bangsa sendiri-paling
banyak perang dingin, fitnah dan mengaibkan bangsa sendiri secara
terbuka, mengamal rasuah dan maksiat. Pemimpin yang dipilih rakyat
boleh dikuasai dengan wang dan boleh dibeli12.
Ancaman-ancaman yang menghilangkan kemurnian
siasah/politik Melayu
Ancaman kebendaan - sejak kemerdekaan
1957, pembangunan adalah seruan yang dianggap syurga oleh rakyat13.
- Ancaman rasisme
- Ancaman model kemajuan yang salah
- Ancaman kepimpinan tidak cekap dan rasuah
Pemimpin politik yang menggelar diri sebagai pejuang
islam juga kian meninggalkan bagasi akhlak, tatacara politik Islam
sebaliknya menerapkan machievellisme dan pragmatisme atas nama
maslahah dan menghapuskan mudharat lebih besar. Penggunaan semberono
kaedah-kaedah fiqh untuk menghalalkan tindakan politik juga menjadi
penyakit mutahir ini.
Kelihatan juga maqasid syariah (objektif agama) dilupai
oleh sebilangan besar ahli politik Melayu tanpa mengira parti dan
pemikiran.
Perlunya ahli politik, para pemimpin dan bakal pemimpin
menghayati benar-benar apakah intipati sebenar maqasid syariah yang
perlu dibawa melalui agenda politik.
24 Oktober 2014
Bandar Puteri jaya
7.40 malam
1
Bekas Setiausaha TERAS Perak, Aktivis Jamaiy,
kini bergiat sebagai aktivis Gerakan Sokng Syariah (GESA) serta Unit
Kajian Ilmiah MAPIM Utara. Penulis boleh dihubungi : 017-6291368
(jihadin82@yahoo.com)
2
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Umat Islam
Nusantara, DBP, 1990 (halaman 35)
3
Mansor Mohd Noor, Islam dan Kedinamikan
Lokal Di Malaysia: Adaptasi, Harmoni dan
Konflik, Annual Conference on Islamic
Studies Banjarmasin, 1 – 4 November 2010 (ACIS)
Ke - 10
4
Siddiq Fadzil, Islam dan Melayu,Akademi Kajian
Ketamadunan Kompleks Dar Al Hikmah, 2012 (halaman 92)
5
Dewan Masyarakat Februari 2009 (halaman 44)
6
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/al-farabi-dan-politik-akhlak-muhammad-faris-mohamed-basir#sthash.3ZOHcGLZ.dpuf
7
Siddiq Fadzil, Islam dan Melayu,Akademi Kajian
Ketamadunan Kompleks Dar Al Hikmah, 2012 (halaman 95)
8
Siddiq Fadzil, Islam dan Melayu,Akademi Kajian
Ketamadunan Kompleks Dar Al Hikmah, 2012 (halaman 97)
9
Dewan Masyarakat Mei 2008 (halaman 44)
10
Mohd Azmi Abdul Hamid, Gagalnya Kepimpinan Melayu
Tanpa Islam, TERAS, 2013 (halaman 7)
11
Mohd Azmi Abdul Hamid, Gagalnya Kepimpinan Melayu
Tanpa Islam, TERAS, 2013 (halaman 66)
12
Dewan Masyarakt Mei 2011 (halaman 48)
13
Siddiq Fadzil, Islam dan Melayu,Akademi Kajian
Ketamadunan Kompleks Dar Al Hikmah, 2012 (halaman 99)
14
Dewan Masyarakat Februari 2011 (halaman 28)
No comments:
Post a Comment