BERITA AKTIVITI MAPIM UNTUK MEDIA
2 Julai 2014
ROADSHOW PEDULI UMMAH MAPIM
BERSAMA IMAM SYIRIA
Suau program siri jelajah masjid ke masjid telah
dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
sepanjang bulan Ramadhan tahun ini untuk mengumpul dana untuk bantuan
kemanusiaan berterusan di negara-negara umat islam yang tertindas.
Dalam siri Roadshow Ramadhan Infaq Kecemasan Peduli
Ummah tahun 1435 H tahun ini, Mapim berjaya membawa dua orang Imam
yang juga merupakan sukarelawan kemanusiaan di Syiria iaitu Sheikh
Safwan Mohamed Debs dari Daerah Hasakah Timur Syria dan Sheikh Hassan
Mohamad Deeb Saflo dari Daerah Aleppo Barat Syria.
Jelajah ini akan berlangsung selama 30 hari sepanjang
Ramadhan dimana dua imam ini akan menjadi imam di masjid atau surau
yang berbeza. Mereka akan menyampaikan ucapan ringkas berkenaan
penindasan di Syria serta keperluan infaq kepada saudara seIslam.
Ucapan mereka akan diterjemah oleh para sukarelawan MAPIM yang
bertugas serta dihebahkan beberapa aktviti MAPIM yang terlaksana di
Syria.
Sehingga kini projek pam air, sekolah untuk anak-anak
Syria serta bantuan perubatan dan makanan sedang dihantar dari masa
ke masa bergantung kepada jumlah dana yang terkumpul.
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan apa saja kebaikan yang engkau semua
lakukan, maka sesungguhnya Allah itu Maha mengetahuinya."
(al-Baqarah: 215)
Sejajar dengan hadis Rasulullah
bermaksud Dari Ibnu Umar radhiallahu
'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seorang Muslim itu adalah saudaranya orang
Muslim lainnya, janganlah ia menganiaya saudaranya itu, jangan pula
menyerahkannya - kepada musuh. Barangsiapa memberikan pertolongan
pada hajat saudaranya, maka Allah selalu memberikan pertolongan pada
hajat orang itu. Dan barangsiapa melapangkan kepada seseorang Muslim
akan satu kesusahannya, maka Allah akan melapangkan untuknya satu
kesusahan dari sekian banyak kesusahan pada hari kiamat. Dan
barangsiapa yang menutupi cela seseorang Muslim maka Allah akan
menutupi celanya pada hari kiamat."
(Muttafaq 'alaih)
MAPIM juga menyeru agar umat Islam menjadikan Ramadhan
tahun ini sebagai tahun Peduli Ummah lantaran terlalu banyak isu
penindasan dan kezaliman terhadap umat Islam berlaku. Selain isu
pembunuhan rakyat Syria, kini umat islam di Sri Langka dan India pula
menerima musibah akibat diskriminasi dan usaha penghapusan etnik yang
dilakukan oleh musuh Islam. Isu penindasan di Arakan Myanmar juga
tidak kunjung malap malah saban bulan MAPIM menerima pearian-elarian
baru yang hadisr ke Malaysia untuk meminta sedikit perlindungan
daripada regim Myanmar.
MAPIM berharap agar para budiman dan umat Islam yang
berhati mulia untuk menyumbang bantuan kewangan kepada tabung-tabung
kemanusiaan yang diselenggara oleh MAPIM seperti di bawah;
Palestin : 558220601374 Maybank Islamic/ 08013010075820
Bank Islam
Syria : 558220605312 Maybank Islamic
Rohingya : 154001880630441 Ar Rajhi Bank
Fakir Miskin Malaysia : 558220605312 Maybank Islamic
MAPIM juga boleh dihubungi melalui talian
Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman ( 017 5606131) Naib Presiden MAPIM
Ustaz Syukri ( 019 7585658 ) Pegawai Pejabat MAPIM
No comments:
Post a Comment