RAYUAN MAPIM UNTUK MEMBELI VAN UNTUK PENGANGKUTAN SEKOLAH
ANAK-ANAK ROHINGYA
Baitul Rahmah adalah sekolah persendirian yang dibina oleh MAPIM atau
nama penuhnya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia yang
bermula operasinya pada tahun 2013 khusus untuk memberi pendidikan
kepada anak-anak pelarian (Muhajirin) Rohingya yang berada di sekitar
wilayah utara tanahair.
Baitul Rahmah atau nama nya Rohingya
Learning Center Sungai Petani yang dinaungi oleh
MAPIM dan Salimah Wilayah Utara ini
telah dirasmikan
oleh Yang Arif Tuan Syeikh Nawawi Hj Ghazaki, Hakim Mahkamah Syariah
Daerah Yan.
Dalam menjayakan misi pendidikan kemanusiaan ini, pelbagai persiapan
dan perbelanjaan yang amat diperlukan. Disamping perbelanjaan wajib
seperti gaji guru, peruntukan bahan pendidikan dan prasarana am,
Baitul Rahmah kini mengahadapi beberapa keperluan kewangan yang
mendesak.
Antara keperluan yang amat diperluan kini adalah utuk memiliki van
pengangkutan pelajar sendiri. MAPIM berterima kasih kepada individu
yang telah mebginfaqkan vannya sebelum ini untuk pengangkutan pelajar
yang tinggal berjauhan daripada Baitul Rahmah. Namun disebabkan ianya
hak milik peribadi ianya terpaksa dikembalikan kepada pemiliknya
semula.
MAPIM merayu kepada para budiman, hartawan serta ahlikorporat, para
rakyat yang bersimpati dengan nasib yang menimpa kepada anak-anak
Rohingya yang dinafikan hak pendidian di tanahair asal mereka, untuk
menyalurkan bantuan keangan untuk dana khas untuk membeli sebuah van
terpakai yang mampu membantu perjalanan sekolah ini.
MAPIM juga mengalu-alukan jika ada pihak yang sudi mendermakan sebuah
van terpakai selain wang ringgit.
Sehingga kini selepas van yang dipinjam telah dikembalikan, sekitar
20 orang pelajar daripada 60 orang pelajar tidak dapat hadir ke
sekolah ini. Hal ini amat merugikan kepada para pelajar yang
memerlukan pendidikan alternatif sebegini.
Untuk pengetahuan umum juga, anak-anak pelarian yang bernaung atas
nama UNHCR mereka masih belum dapat diterima untuk ke sekolah
kerajaan walaupun suatu ketika pada tahun 2010 kedengaran hasrat
Kementerian Pelajaran untuk menerima anak-anak pelarian dengan
sejumlah wang yuran.
Hanya melalui sekolah alternati sebeginilah mereka diajar subjek am,
pendidikan islam, akhlak dan moral, etika serta asas perundangan di
Malaysia serta beberapa silibus khas untuk anak-anak yang diuji iman
mereka ini.
Kepada pihak yang berhasrat membantu melalui wang ringgit, anda dapat
berbuat demikian melalui akaun di bawah:
- Al-Rajhi : 15400-1880630441 [Rohingya Humanitarian Fund-MAPIM],
- Bank Muamalat : 0202002665718 ( Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)
Kepada pihak budiman yang ingin berbincang sekiranya ada van terpakai
untk disumbang kepada MAPIM sila ajukan perbincangan kepada:
Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman ( 017 5606131)
Ustaz Syukri ( 019 7585658 )
Ahmad Tarmizi Sulaiman
Naib Presiden MAPIM
DI BAWAH ADALAH CONTOH VAN YANG BOLEH DIBELI OLEH MAPIM. SEKIRANYA ADA BUDIMAN DAN PIHAK YANG BERMINAT MEMBUAT AMAL KEBAJIKAN SILA BERHUBUNG DENGAN NO DI ATAS UNTUK MAPIM BELI VAN SEPERTI DI DALAM GAMBAR.
No comments:
Post a Comment