Isi pembentangan
Muhammad Nuruddin
membentang isi kertas kerja yang boleh dibuka melalui :
Dr Ahmed
Sami Al Qudsi
Pada
awalnya saya ingin mengajak melihat ayat Al Quran agar ia menjadi
cahaya yang membimbing kita. Apatah lagi ia di Mesir keadaannya
sesuai dengan Surah Al Mulk (Dominion) ayat 1-2.
Allah
yang menjaga segala kejayaan dan kejadian semua di tangannya. Bahawa
Allah menjadikan hidup ini sebagai ibtila’ dan dugaan untuk melihat
siapa yang benar-benar bersungguh-sungguh dalam membawa ke jalan
dakwah.
Surah Al
Baqarah 154,155,156
Kita
adalah hambanya yang dikurniakan iman yang sahih dan kita
mengharapkan pertolongan daripadaNYa dan Allah bersama orang yang
sabar. Dakwah akan sentiasa dipenuhi dengan ranjau dan duri dan dalam
dakwah juga akan ada yang syahid serta terkorban.
Kehidupan
selepas mati adalah kehidupan sebenar-benarnya dan bila berada di
jalan dakwah sentiasalah mengharapkan bantuan Allah.
Kita
melihat dan diperlihatkan bahawa apa yang berlaku di Mesir kita mampu
membandikan keadaan sebelumnya ia adalah ketentuan Alah taala dan
akan berlaku pertembungan antara Islam dan Kuffar serta pertembungan
dengan golongan Ikhwan dan sekularisme.
Dalam
sistem kehakiman Mesir, semua adalah bentuk ujian bagi yang membawa
risalah dakwahNya.
Kita
dihidangkan ketentuan para mujahidin memerlukan bantuan dan sokongan
sebagainya dan apa yang berlaku sekarang ini wujudnya juga golongan
yang munafik. Di Mesir mereka menggunakan kewangan yang banyak, media
massa 100% serta akhbar, menggunakan lidah-lidah manis (ustaz
selebriti) untuk mengendurkan semangat jihad anak muda yang ingin
melihat kejatuhan kezaliman di bumi Mesir.
Hari ini
saya selaku warga Palestin mengambil tahu akhbar Mesir saban hari
iaitu sejak 25 januari 2011 media Israel mengeluar kenyataan, laporan
kesedihan dengan kejatuhan Mubarak serta membincangkan bahayanya
Ikhwan kepada negara arab dan kepentingan Barat, betapa perlunya
Ikhwan dijatuhkan.
Dr Mursi
digulingkan pada Julai 2013, kegembiraan Israel, Barat terhadap
kejatuhan Ikhwan. Menyatakan kebencian amat sangat kepada Ikhwan
Muslimin.
Bantuan
Mapim ke Gaza melalui Mesir bukan untuk membawa masalah tetapi ingin
memberi bantuan kemanusiaan tetapi dihalang oleh tentera As Sisi.
Dato’
Cikgu Yahya Abdullah
Tiada
siapa boleh bertanya di mana makam Imam As Sayhid Hassana Al banna,
kehebatannya seluruh dunia tetapi makamnya langsung tidak diketahui
di mana akibat percaturan Yahudi.
2000
cawangan Ikhwan di Mesir dan ahlinya sekitar 2 juta orang. Mereka
bergerak bukan sekadar penyampai dakwah tetapi juga meliputi politik,
kenegaraan, agama dan sebagainya.
Mereka
telah bina ribuan sekolah seluruh Mesir dan tarbiah inilah yang
menatijahkan kejayaan Ikhwan hingga ke Parlimen.
Pada
tahun 1950an, sebahagian pimpinan Ikhwan pernah dibawa ke Malaysia.
Ketika itulah pemimpin di Malaysia mendapat suntikan semangat dalam
Ikhwan.
As Sisi
dikatakan oleh cucu Imam Al Banna sebagai pnyambung legacy
Amerika-Yahudi di Mesir.
Ikhwan
tidak memulakan Revolusi 2011. Ikhwan bersama dengan gerakan ini dan
akibatnya Dr Mursi dinaikkan sebagai Presiden.
5 prinsip
Ikhwan telah dibawa sehingga ke Malaysia dan ia menjadi moto juang
ribuan anak muda.
Kita
sebagai prnyokong bila disebut Ikhwan kita akan tergambar wajah dan
kisah-kisah berkenaan Imam Al Banna. Apabila disebut perkembangan di
Mesir sebagaimana yang kita lihat ia tidak mustahil akan berlaku di
negara lain yang menerima bencana yang sama seperti di Mesir.
Ustaz
Tarmizi Sulaiman
Kerajaan
Saudi mengharamkan Ikhwan di Saudi. Malah melaporkan gerakan ini
berada di Britain sehingga kerajaan Britain memburu pengikut IKhwan
di sana.
Antara
529 yang dijatuhkan hukuman itu ada yang tidak berada di Mesir tetapi
berada di Saudi. Malah ada nama yang sudah mati. Malah tuduhan 529
adalah membunuh seorang polis. Pertuduhan yang paling tidak logik!
Cikgu
Haji Mohd Azmi Abd Hamid.
Arab
Spring telah masuk 3 tahun 3 bulan 3 minggu 5 hari (18 Disember 2010)
bermula di Tunisia. (sehingga 14 April 2014)
Arab
Spring berlaku dengan 9 sebab:
- Kepimpinan autokratik.
- Korupsi tenat (Mesir memiliki kilang sabun, dapat kontrak buat stadium).
- Sekterisme (dipecahkan, mazhab, etnik, kabilah dengan kabilah, parti dengan parti, sehingga rakyat bosan dan benci)
- Pengangguran melampau. ( Zaman Hosni pengangguran 47% rakyat)
- Perlanggaran hak asasi yang teruk. (tiada hak bercakap, tiada keadilan pengadilan, pembunuhan rahsia)
- Disebabkan Muhammad Bauzuzi mahasiswa yang menganggur, terpaksa rasuah untuk meniaga dan membakar diri sendiri di Tunisia)
- Monarki memiliki negara- rakyat tiada hak memilih.
- Pemilihan bebas tidak dirasai orang Arab.
Ar Rabi' Arabiy
Sebab :
Pemerintahan autokratik / kuku besi
Korupsi politik
Persekongkolan dengan US dan Israel
Pelanggaran Hak Manusia
Inflasi
Kleptocracy ( pihak yang berkuasa merompak khazanah negara )
Sektarianisme
Pengganguran
Kemisikinan
Bakar diri oleh Mohamed Bouazizi
Tujuan/ tuntutan :
Demokrasi
Pilihanraya yang bebas
Hak manusia
Pekerjaan
Perubahan regim
Islamisme
Secularisme
Metod :
Civil disobedience ( bantahan sivil )
Civil resistance ( penentangan sivil )
Defection ( Berpaling tadah )
Demonstrations ( demonstrasi )
Insurgency ( gerakan bawah tanah )
Internet activisme ( guna internet / fb / twitter / ......)
Protest camps ( khemah protes )
Revolution ( revolusi )
Riots (rusuhan )
Self-immolation ( bakar diri )
Sit-ins ( protes duduk )
Strike actions ( Tindakan piket )
Urban warfare ( serangan sasaran kota )
Uprising ( kebangkitan )
Matlamat
Ubah regim
Mahu sebahagian mereka untuk menegak Islam/menuntut sekularisme.
Pembacaan
buku-buku bahan kajian Ikhwan perlu dilakukan untuk memahami apa itu
Ikhwan Muslimin.
Amerika
membisu apabila Mesir melanggar deklarasi Hak Asasi Manusia
Antarabangsa walaupun bersama menandatangani deklarasi berkenaan.
15
pertubuhan antarabangsa (tiada satu pun Islam) menandatangani usul
keras terhadap kekejaman dan tindakan tidak demokratik di Mesir.
Bekas
peguam negara Amerika, dalam tulisannya Deterorian of Egypt menyelar
kekejaman di Mesir dan menyelar kebisuan dunia terhadap kezaliman dan
menganggap tindakan teradap Mursi sebagai Mahkamah yang tidak sah.
Surat
yang ditulis kepada Perdana Menteri Dvid Cameroon oleh SM Idris.
Mengutuk keras tindakan kerajaan Britain yang ingin menyiasat
kehadiran Ikhwan di Brirain sedangkan mereka telah wujud di Britain
berdekad lamanya dan mengapa hanya kerana kini ingin menyiasat. Hal
ini disebabkan Britain mendapat hadiah petrol daripada Saudi 15
bilion USD untuk memburu Ikhwan. Inilah sikap sebenar Arab Saudi.
MAPIM
desak untuk hentikan penyiasatan terhadap Ikhwan sedunia.
Mendesak
mesir membebaskan semua tahanan dan membatalkan undang-undang darurat
di Mesir yang cukup teruk.
No comments:
Post a Comment