KINDNESS DAN MAPIM RAI
KANAK-KANAK ROHINGYA SUNGAI PETANI BERBUKA PUASA
SUNGAI PETANI - 23 Jun
2016
Kindness Malaysia
cawangan wilayah Utara teah menganjurkan Majlis Berbuka puasa dan
penyampaian duit raya kepada 100 anak -anak pelarian Rohingya yang
belajar serta bernaung di bawah Rohingya Learning Centre tadi di
Sungai Petani.
Program yang juga
dikenali seluruh negara sebagai TAJA MEREKA adalah antara produk
kebajikan saban tahun oleh Kindness untuk meraikan golongan marhain,
anak yatin, para fakir miskin dan golongan yang memerlukan.
Tahun ini adalah tahun
ketiga Kindness meraikan anak-anak Rohingya di sekolah yang juga
dikenali sebagai Baitul Rahmah kelolaan NGO MAPIM.
Program ini hasil dana
ramai pihak yang bersimpati dengan nasib pelarian Rohingya sekitar RM
1000 yang berjaya dikumpul dalam masa 3 minggu.
Program dimulakan
dengan ucapan tazkirah oleh Muhammad Nuruddin Bashah selaku Pengarah
Program disusuli dengan Program Moivasi oleh Saudara Azrul Abd Razak
selaku Timbalan Pengerusi Kindness Malaysia yang juga merupakan
penggerak utama Kindness wilayah utara.
Majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar perempuan Baitul Rahmah dan disusuli dengan ucapan aluan daripada wakil MAPIM iaitu Puan Masadah Sajadi.
Majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar perempuan Baitul Rahmah dan disusuli dengan ucapan aluan daripada wakil MAPIM iaitu Puan Masadah Sajadi.
Selepas bacaan zikir
dan doa oleh Ustaz Ismail guru Baitul Rahmah, majlis penyampaian duit
raya dan berbuka, para pelajar dan aktivis NGO yang hadir bersolat
magrib dan terawih bersama.
Ustazah Najwa selaku Guru Besar turut menyatakan jutaan terima kasih kepada semua NGO yang
kerap menganjurkan program bermanfaat kepada anak-anak didik
kelolaannya itu.
ah rindu. allahumma barik lakum
ReplyDeleteah rindu. allahumma barik lakum
ReplyDelete