KENYATAAN MEDIA MAPIM
7 Julai 2014
DUNIA PERLU USAHA HENTIKAN PEMBULIAN TERHADAP UMAT ISLAM RAMADHAN
INI
Tidak cukup dengan tindakan berniat jahat kerajaan China yang
menghalang ibadah berpuasa di wilayah autonomi Xinjiang (Turkistan
Timur), di Myanmar pula usaha membuli dan menekan umat islam terus
berlaku.
Merujuk kenyataan media rasmi Arakan Rohingya Union bertarikh 5 Jun
2014, beberapa aksi provokasi dan berniat mencetus rusuhan
dilakukukan oleh puak pelampau Buddha di daerah Mandalay khususnya.
Pihak tertentu juga menyebarkan bahan risalah fitnah pada awal
Ramadhan tahun ini berbunyi, “seorang wanita buddha telah dirogol
oleh seorang penjual runcit Islam, umat isla telah bersedia untuk
jihad terhadap Buddist”.
Jika sesiapa yang kenal siapa etnik Rohingya dan apakah yang mereka
alami di Arakan Myanmar, pasti tidak percayakan fitnah ini. Hendak
membeli makanan pun tidak mampu, ingin memiliki ubat pun sukar inikan
pula merancang untuk rogol dan membuat jenayah yang tidak tidak
menjadi pilihan golongan tertindas sebegini.
Di Asia Barat, Israel pula mula mencari pasal dengan terus menyerang
Gazza. Hingga kini di Rafah telah syahid 6 orang manakala 2 orang
syahid i pertengahan Gazza. 2 Orang pula syahid di Tebing Barat
menjadikan jumlah mereka kini 10 orang syuhada’.
Bukan sahaja di Gazza, malah di tebing Barat juga
bergolak selepas tentera Israel membunuh
seorang anak Palestin berumur 16 tahun, Mohammed Abu Khudair
di wilayah itu.
Israel tidak akan senang duduk elihat ketenangan
umat islam beribadah sepanjang ramadhan. Lihat sahaja tindakan Yahudi
ini sebelum menjelang Ramadhan apabila tentera Israel menyerbu
masuk ke sebuah pejabat akhbar Palestin di Ramallah
untuk menghalang mereka daripada menerbit dan mencetak tiga
penerbitan Hamas iaitu akhbar Falastin,
Al-Resala dan Al-Istiqlal.
Syarikat penerbitan di Tebing Barat telah
mencetak tiga akhbar berkenaan sejak April, selepas Hamas yang
memerintah Genting Gaza mencapai perdamaian dengan saingan mereka Al
Fatah sekaligus menyaksikan ketiga-tiga penerbitan Hamas itu diedar
dan dijual di Tebing Barat. Penyatuan dan
kerjasama dua kerajaan Palestin ini rupanya cukup menaikkan
kemarahan Yahudi Laknatullah.
Nilai darah umat Islam cukup murah dan tidak bernilai diperlakukan
oleh golongan zalim yang berkuasa. Sempena Ramadhan bulan mulia pula,
umat islam seolah-olah cuba dicabar oleh golongan zalim ini.
Persoalannya di manakah suara dan tindakan kuasa besar umat Islam? Di
mana kekayaan yang dibanggakan umat Islam di Timur tengah? Di mana
pemimpin-pemimpin yang pakar berdiplomasi dengan dunia Barat yang
dianggap jaguh umat Islam?
Ahmad Tarmizi Sulaiman
Naib Presiden MAPIM