Pemimpin Islam berpura-pura simpati isu Rohingya
Respon antarabangsa yang lembab terhadap pembunuhan genetik bangsa yang
bernama Rohingya amat memalukan malah ia mencerminkan diskriminasi antarabangsa
terhadap isu masyarakat minoriti Islam ini.
Lebih memalukan, respon dan bantahan pihak negara Islam yang juga
kelihatan terpinga-pinga, lambat serta kelihatan dingin terhadap isu ini.
Selain Iran dan Turki, kelihatan negara Islam
lain hanya mahu membaca sumber berita tertier sahaja melalui media-media
barat sebelum bertindak.
OIC sebagai contoh hanya bercakap selepas sebulan puluhan ribu nyawa
Rohingya mati di tangan rakhine Arakan. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
mengadakan Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 pada 14 dan 15 Ogos 2012 yang lalu di
Mekah dengan dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, malah malaysia dikatakan
akan dijadikan pusat pertemuan OIC bagi membincangkan bantuan ke Arakan.
Pertubuhan itu memang terlewat apabila MAPIM dan NGO Indonesia dan Thailand
telah selesai berjumpa dengan pemimpin
Myanmar pada 1 Ogos 2012 untuk membincangkan status rakyat Rohingya dan
mendapatkan kenyataan sebenar pemimpin negara berkenaan. Atas kapasiti NGO yang
tiada bantuan dana besar seperti OIC, MAPIM menjalankan tugas dengan lancar dan
ikhlas.
Lebih jauh ke hadapan, Setiausaha Agong MAPIM bersama 2 orang petugas
MAPIM ( Sany Araby Dan Ereeta Abdul Rahman), dan Ustaz Amin Menjamin ,
Pengerusi SHURA Thailand telah menyertai forum antarabangsa mengenai Isu
Rohingya di Universiti Thamasat , Bangkok pada 15 hb Ogos 2012 serrentak dengan
persidangan OIC yang baharu ingin menetapkan halatuju isu pembunuhan Rohingya.
Forum yang dianjur oleh Yayasan People' ASEAN People's Empowerment
itu juga dihadiri oleh ahli Panel , Dr Abid Zahar dari Kanada dan Dr Habib Siddiqi dari Amerika yang mempunyai
hujah kukuh mengenai hak kerakyatan Rohingya di Myanmar telah membentang hujah
ilmiah yang meyakinkan mengenai isu bahawa etnik Rohingya adalah pribumi di
bumi Arakan. Oleh itu mereka berdiri teguh bahawa penolakkan kerajaan Myanmar
terhadap etnik Rohingya sebagai warga Myanmar adalah bertentangan dengan hak
asasi manusia antarabangsa .
Tindakan OIC yang belum mengetahui kondisi sebenar Arakan serta semberono
merancang bantuan tanpa bekerja sedari awal isu ini akan tergencat kerana OIC
sendiri tiada petugas sukarela atau misi akar umbi yang membuat pantauanterutma
dari aspek maklumat tempatan, geografi, sosial dan sikap penguatkuasa Myanmar.
Berlainan dengan forum anjuran NGO-NGO Asean yang telah bekerja secara
konsisten dari awal. Mereka juga telah
menyambut dengan penuh semangat mengenai inisiatif MAPIM dan SHURA yang akan
menganjurkan misi Flotilla Antarabangsa ke Arakan untuk mendesak Myanmar
bertindak membuka sempada Arakan agar boleh dimasukki agensi kemanusiaan
antarabangsa. Dua NGO ini diasaskan di Malaysia oleh rakyat Malaysia.
Rumusan Forum itu menerima bahawa inisiatif MAPIM dan SHURA adalah suatu
upaya yang konkrit dan seluruh peserta diminta menyokong misi Flotilla yang
akan dijayakan pada awal September 2012 ini.
MAPIM dan SHURA juga telah mengadakan perbincangan dengan NGO Islam di
Markaz Islam Thailand dan menyeru agar
NGO di Thailand bertindak lebih aktif mengenai isu Rohingya kerana mereka
adalah bersempadan dengan Myanmar.
Pihak polis dunia Amerika Syarikat pula diam menyepi malah tidak seaktif
semasa bercakap isu israel dijarah Roket Hamas pada tahun 2008 dahulu malah
giat menggesa Mesir menutup pintu Rafah satu-satunya pintu talian hayat Gaza
ketika itu.
Petaka apakah yang menimpa umat islam ini sehingga ia tidak mampu membuka
mata pemimpin –pemimpin negara umat islam malah hanya menjadi penyalur lidah-lidah
Amerika dan yahudi semata-mata? Apakah bentuk wayang yang masih cuba dimainkan
terutama melibatkan puluhan ribu nyawa umat Islam yang dibunum di bumi Burma
sebegini?
Ketika Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa agar
Parlimen yang mulai bersidang mengusulkan isu pelarian Rohingya, kelihatan ada
signal positif apabila ada juga Ahli parlimen yang sudi membawa usul
tersebut. Malangnya Dewan Rakyat
MENOLAK untuk membincangkan isu pelarian
Rohingya yang semakin meruncing. Usul yang dikemukakan ahli parlimen Tumpat,
Datuk Kamarudin Jaffar itu ditolak pada
19 Jun 2012 oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia aatas
alasan tidak releven dan tidak penting!
Mungkin tidak perlu kita bahaskan sikap majoriti negara umat islam di luar
sana. Lihat sahaja sikap pemimpin negara sendiri yang dingin serta berolok-olok
dalam menangani isu mustada’fin yang tertindas serata dunia.
Sebelum ini, amat mengesan hati rakyat apabila Usul bagi membincangkan
berkaitan bantahan sambutan ulang tahun ke 60 pendudukan haram Israel di bumi
Palestine ditolak oleh Dewan Rakyat pada tahun 2008.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ketika itu , Datuk Ronald Kiandee
menolak usul tersebut di bawah peraturan mesyuarat yang mana usul itu tidak perlu
disegerakan.Presiden PAS Abdul Hadi telah
membacakan teks usul, antara lain menyebut 14 hb Mei 2008 adalah genap 60 tahun Hari Naqba yang
merupakan sejarah pencerobohan Israel ke atas tanah air Palestin.
Kemudian NGO seperti ABIM dan NGO Gabungan Selamatkan Syria seperti IKRAM
dan HALUAN telah cuba membawa usul
konflik di Syria ini ke Parlimen agar dibincangkan dan diangkat bagi menyatakan
pendirian tegas Malaysia terhadap keganasan yang berlaku di Syria dan
usaha-usaha untuk menghentikan keganasan. Namun seperti biasa, Malaysia jaguh
dunia islam yang digembar gemburkan tidak berani membahas usul ini dan telah ditolak mentah-mentah oleh
Yang Dipertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan menjaga
hubungan diplomatik yang telah wujud di antara kerajaan Malaysia dan Syria
selama ini.
Suatu ketika dahulu Parlimen Malaysia juga pernah berpandangan begini
apabila usul menuntut kerajaan menyuarakan bantahan terhadap kekejaman Thai
terhadap rakyat Patani semasa awal kemerdekaan negara kita.
Sampai bilakah pesemis dan budaya olok-olok ini akan berlarutan. Mengapa
tergamak segelintir pemimpin Islam berlakon, mengaum dan menjerit isu
penindasan umat islam, isu Islam bukan pengganas dalam masa yang sama menindas
rakyat yang berpendidikan agama atas alasan terlibat dengan pengganas? Adakah
kita btidak menyangka Amerika tida perhatikan sikap kita?
Tun Mahathir pernah mengatakan Barat bakal berhadapan 1.6 bilion umat
islam jika menganggap islam itu ganas, sedangkan rekod pentadbiran Tun
Mahathirlah tangkapan atas alasan militan dan pengganas paling tinggi. Adakah
kita cuba menjadi ketam mengajar anak berjalan lurus apabila cuba mengajar
Barat bahawa penganut Islam itu bukan
pengganas?
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis TERAS Cawangan Perak
No comments:
Post a Comment