Thursday, June 3, 2010

Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Hague, Pelan Damai Untuk Mewujudkan Negara Palestin

Tarikh : 3hb Jun 2010

Kenyataan Media Bersama 60 Pertubuhan Masyarakat Sivil

Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Hague, Pelan Damai Untuk Mewujudkan Negara Palestin

Kami, 60 Pertubuhan masyarakat sivil seperti di bawah, mengutuk sekeras-kerasnya tentera laut Israel menyerang kapal menghantar barang bantuan kemanusiaan ke Gaza, menyebabkan kematian 9 orang dan lebih 30 orang cedera. Tindakan zalim dan pembunuhan Israel terhadap sukarelawan kemanusiaan bertentangan dengan undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa; penyekatan barang bantuan kemanusiaan ke tangan orang palestin yang perlu diselamatkan, telah mencabul hak asasi manusia orang palestin untuk mendapat barang perlu kehidupan.

Sungguhpun kerajaan Israel telah melepaskan 124 orang termasuk 12 orang warganegara Malaysia, kerajaan Malaysia harus mengambil tindakan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Israel. Melainkan memanggil mesyuarat tergempar parlimen, kami menggesa kerajaan berpakat dengan Negara-negara lain yang berjuang prinsip hak asasi manusia bagi mengheret dan menghukum Israel di mahkamah jenayah antarabangsa Hague, menuntut keadilan untuk 9 orang mendiang dibunuh yang kurang nasib.

Rakyat Malaysia juga disaran supaya terus meneliti perlakuan kejam dan penganiayaan Israel terhadap orang palestin serta bertentangan konvesyen antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – menduduki tanah palestin, membina kawasan kediaman di tanah yang diduduki, meroboh rumah dan mengusir orang palestin, membina tembok pemisah bagi menyekat tanah wilayah palestin secara haram, menutupi lima pintu masuk perbatasan di sekitar tebing barat – Israel dan Gaza – Israel dan mengawal pengedaran barangan, menyerang kawasan kediaman palestin dengan senjata api berat membunuhi ramai orang palestin yang tidak bersalah.

Masyarakat antarabangsa mesti memberi tekanan berterusan kepada Israel supaya kembali ke meja perundingan dan meminta Amerika Syarikat tidak lagi membenarkan tindakan ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia Israel. Kedua-dua pihak harus menjalankan proses perdamaian semula, menginstitusikan satu pelan damai untuk mewujudkan sebuah Negara Palestin.

Pertubuhan yang menandatangani :

1. Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG

2. Jawatankuasa Hak Sivil, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (CRC-KLSCAH)

3. Writers Alliance for Media Independence (WAMI)

4. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)

5. Youth Section of KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)

6. Youth Section of Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall

7. Youth Section of Malacca Chinese Assembly Hall

8. Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)

9. Persatuan Bahasa Tionghua USM

10. Gerakan Mahasiswa Maju,UPM

11. Student Progressive Front USM

12. Student Progressive Front UUM

13. Student Progressive Front New Era College

14. New Era College Alumni Association

15. Educational, Welfare and Research Foundation Malaysia

16. Malaysian Tamil Forum

17. Malaysian Hindu Youth Council

18. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia

19. Tamil Foundation

20. Malaysian Dravidian Association

21. Group of Concerned Citizens

22. Malaysian Association of Indian University Graduates

23. Federation of Indian Non-Governmental Organisations

24. Malaysian Indian Historical Association

25. Klang Consumer Association

26. Malaysian Indian Development & Unity Association

27. Indian Malaysian Active Generation (IMAGE)

28. Persahabatan Semparuthi

29. Child Development Initiative

30. Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

31. Sarawak Native Land Rights Owners (TAHABAS)

32. Sarawakians Access (SACCESS);

33. Wanita Desa Sarawak (WADESA)

34. Jaringan Orang Asal SeMalaysia Sarawak (JOAS)

35. Borneo Research Institute Sarawak (BRIMAS)

36. Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)

37. Saya Anak Bangsa Malaysia [SABM]

38. Bahagian Pemuda Persatuan Teo Chew Selangor & K.L

39. Bahagian Pemuda Persatuan Keturunan Chan She Shu Yuan K. L & Selangor

40. Bahagian Pemuda Persatuan Ka Yin W.P & Selangor

41. Bahagian Pemuda Persatuan Kwang Si Selangor & K.L

42. Bahagian Pemuda Persatuan Kwang Tung Rawang

43. Bahagian Pemuda Persatuan Char Yong Selangor & W.P

44. Bahagian Pemuda Persatuan Fui Chiu W.P & Selangor

45. Bahagian Pemuda Persatuan Eng Choon K.L

46. Bahagian Pemuda Persatuan Shing An Selangor & K.L

47. Bahagian Pemuda Persatuan Fui Chiu W.P & Selangor

48. Bahagian Pemuda Persatuan Wui Leng Selangor & K.L

49. Bahagian Pemuda Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia

50. Persatuan Murid-Murid Tua SRJK (C) Naam Kheung

51. Persatuan Bahasa Cina UM

52. University Malaya New Youth Association

53. Bahagian Pemuda Persatuan Hokkien Selangor & K.L

54. Student Union New Era College

55. Persatuan Alumni PBT USM Selangor

56. Persatuan Bahasa Tionghua UPM

57. Bahagian Pemuda Persatuan Huian Quangang KL & Selangor

58. Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju)

59. Penggerak Belia Zon 23,MPSJ

60. Persatuan Penduduk Taman Muhibbah Seri Kembangan

Sila hubungi LLG Encik Ng atau Encik Teh pada talian 03-26971971/ 012-2658448 jika ada sebarang pertanyaan.

LLG Cultural Development Centre

Tel :+603.2697.1971 / 1972
Fax :+603.2697.1970

Tuesday, June 1, 2010

Media: Labelkan Israel dan penyokongnya sebagai pengganas

Labelkan Israel dan penyokongnya sebagai pengganas

Sebahagian besar negara Eropah mengecam dan mengutuk serangan ala lanun tentera laut Regim Zionis terhadap salah sebuah daripada 7 buah kapal yang sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi kapal tersebut dalam usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza yang semakin hari kian tersepit dan tertekan dek kezaliman Zionis. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH).

Bertambah biadap apabila Zionis tetap melancarkan serangan komandonya walaupun semua objektif dan pergerakan konvoi ini telah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan.

Antara lain, Resolusi 1860 menyebut dan menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan, menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan, menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza serta mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorism.

Tekanan kuat juga dilakukan oleh Liga Arab termasuk desakan daripada Duta Turki di Mesir dan hasilnya, Mesir telah membuka sekatan jalan daratnya ke Palestin. Mungkin pengorbanan nyawa sukarelawan yang sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk membawa bantuan makanan dan infrastruktur sivil itu akan menjadi kunci bantuan yang lebih besar ke Gaza. Pengorbanan mereka tidak sia-sia.

Pada pandangan saya, keganasan yang tidak bertamadun ini cukup besar impaknya untuk menggantikan titik fokus masyarakat dunia yang memandang blok Islam sebagai pengganas. Titik mula persepsi negatif terhadap Islam atau dikenali sebagai Islamofobia ini jelas berlaku bermula perencanaan kejadian WTC pada 11 September 2001 dahulu. Sejak itu, negara umat Islam sendiri menjadi jurubicara Amerika dan Israel untuk mengangguk dan mengiayakan kenyataan bahawa Muslim itu pengganas.

Walaupun kematian akibat tragedi WTC adalah sejumlah ribuan nyawa manakala kematian sukarelawan penyelamat Gaza hanya beberapa nyawa, namun perlu diingat, mangsa-mangsa kapal Mavi Marmara itu terdiri daripada kalangan diplomat pelbagai negara, malah mewakili komuniti dunia. Berbanding dengan tragedi WTC, yang hanya melibatkan nyawa rakyat Amerika, manakala 2000 pekerja Yahudi pada saat itu tiada atau bercuti.

Keganasan Israel atau mungkin ada kaitannya dengan Amerika (atas alasan kerjasama teknologi perang dan ketenteraan) yang berlaku ini melibatkan banyak negara termasuk Eropah. Masyarakat dunia yang waras memandang bahawa kezaliman Israel sudah melangkaui wilayah mereka sendiri. Jika Islam dikatakan menyerang Amerika, Israel pula boleh dituduh mengganas terhadap banyak negara!

Alasan ini cukup untuk mengalihkan fokus bahawa Israel adalah pengganas malah semua yang melibatkan diri dengan Israel adalah pengganas dan jika di Malaysia wajar di ISAkan ! Bagaimana dengan APCO di Malaysia?

Soalnya siapa yang mampu mengalih fokus dunia daripada menuduh Al Qaeda dan Muslim sebagai pengganas kepada Israel pula? Siapa ingin membiayai kempen besar-besaran media, melobi di PBB dan OIC, berseminar dan berdialog serta menyediakan serangan psikologi melalui permainan video, lagu dan filem bahawa Israel adalah pengganas dekad pertama milenium ini?

Amerika mampu mengadakan kempen menghalakan laras meriam Islamofobia kepada blok Islam kerana White House, PBB dan semua pentas besar dunia adalah milik Freemanson dan Zionis. Tambahan kini ia juga telah merayap ke dalam blok Islam dalam kalangan para aristokrat dan elitis.

Muhammad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA-Teras

Sekitar bengkel kepimpinan Rohingya Society of Malaysia di RECSAM, 29-30 Mei 2010

Barisan pemimpin NGO Rohingya yang menyanyikan lagu kebangsaan mereka

para peserta sedang berbengkel dan menghayati jatidiri sebagai pejuang bangsa muslim Rohingya
Ustaz Mohammad Islam, petugas sepenuh masa Pusat Khidmat Rohingya TERAS, juga pengerusi UNIROD iaitu NGO Rohingya muslim di Malaysia.

Saudara Nadhir (Biro pendidikan Sekreteriat Muda-Teras) bersama Setiausaha dan pemimpin Rohingya Terengganu.


Cikgu Azmi melatih pemimpin Rohingya untuk berdikari membela nasib bangsa mereka, perjuangkan hak mereka di Malaysia dan berjuang untuk membebaskan Arakan.


Sunday, May 30, 2010

Kertas Kerja Laporan bengkel Kepimpinan Rohingya Society of Malaysia (RSM)

Kertas Kerja Laporan bengkel Kepimpinan Rohingya Society of Malaysia (RSM)

Selama dua hari satu malam, barisan kepimpinan NGO Rohingya di serata Malaysia berada di SEAMEO RECSAM bermula 2.30 petang 29 Mei sehingga tamat pada jam 2 petang 30 Mei 2010.

Kehadiran mereka yang rata-ratanya dari seluruh Semenanjung Malaysia adalah untuk menyahut seruan RSM (Rohingga Society of Malaysia) untuk diadakan satu bengkel latihan kemahiran merancang dan memimpin dalam usaha mereka memperjuangkan isu-isu penting melibatkan pelarian Rohingya atau lebih afdal disebut Muhajir Rohingya. Bengkel ini adalah tajaan bersama Teras Pengupayaan Melayu, Citizen International dan SHURA.

Rata-rata peserta adalah pelarian sejak seawal tahun 1980an semenjak Myanmar memperkenalkan Burma Citizenship Law 15 October 1982. Undang-undang ini bersifat sentimen keagamaan dan penuh diskriminasi. Muslim Rohingya tidak diakui sebagai warganegara, malah diberi julukan ‘pendatang’ di tanah air mereka sendiri.

Lihat Bab II Undang-uang tersebut fasal (3) Nationals such as the Kachin, Kayah, Karen, Chin, Burman, Mon, Rakhine or Shan and ethnic groups as have settled in any of the territories included within the State as their permanent home from a period anterior to 1185 B.E., 1823 A.D. are Burma citizens.

Namun mereka memiliki kuasa kuku besi untuk menyingkir etnik di Arakan (Rakhine) sebagai bukan warganegara melalui fasal (4) The Council of State may decide whether any ethnic group is national or not.

Kini sebanyak 100 kampung khas dibuat untuk pendudukan Rohingya untuk mengawal populasi mereka dan hanya 3 ekar tanah diperuntukan oleh kerajaan Junta Tentera Myanmar.

Perjalanan untuk ke Arakan adalah terlalu sukar dan memerlukan permit untuk 3 hari sahaja berada di sana. Permit perkahwinan disekat dan ditawarkan dengan harga tinggi. Tidak dibenarkan untuk membina sebarang syiar Islam malah pagoda diperbanyakkan. Namun begitu kerajaan hanya mempergunakan Budhha sebagai penyebab sentimen keagamaan kerana pihak kerajaan sebenarnya menganut fahaman Burmese Way Socialism yang bertentangan dengan ajaran Buddha itu sendiri.

Keadaan Muslim Rohingya di serata dunia.

1. Bangladesh : miskin dan terpinggir, kini ada kes kerajaan bangladesh menghalau pelarian Rohingya sehingga ke kawasan taufan, mereka kini umpama kucing liar hanya berteduh di bawah pokok semasa hujan lebat dan taufan. Misi menyelamat dan agihan khemah akan dilakukan oleh Citizen International dan Teras dalam masa terdekat. Surat khas akan diberikan kepada kerajaan Bangladesh.

2. Thailand : Tidak dibenarkan ke sekolah, pemerdagangan manusia, dihalau, murtad.

3. Arab saudi : Mendapat pendidikan, Cuma dihalang ke universiti sahaja. Mendapat asas pendidikan sunnah dan Al Quran.

4. Pakistan: mendapat hak pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.

5. Malaysia : disekat pekerjaan di sesetengah tempat, tiada hak pendidikan dan kesihatan, perkuburan berbayar tinggi.

Pesanan Cikgu Azmi:

Kurangkan bercakap, banyakkan tindakan kerana umat Islam paling banyak bercakap.

Sesi Induksi

Peserta diminta memberikan senarai perkataan yang sinonim dengan erti perjuangan kaum Rohingya. Antara kalimah penting yang dinyatakan oleh peserta ialah:-

1. Kemerdekaan Arakan.

2. Kembalikan hak kerakyataan di Myanmar.

3. Mendapat kedaulatan Arakan.

4. Hak Asasi manusia dijamin di Arakan.

5. Kembalikan kemuliaan Islam.

6. Mendapat hak bahasa ibunda di Myanmar.

7. Menegakkan daulat Islamiyyah di Arakan.

Apakah halangan yang ada? (peserta senaraikan sendiri)

1. Kerana kita muslim : kalimah syahadah menjadi sebab utama kaum ini disingkir dari Myanmar.

2. Orang islam malas berfikir, bekerja, berjuang, merancang dan melaksana kerja untuk menang.

3. Krisis semangat hilang jati diri kerana keterhakisan bahasa ibunda.

4. Berpecah dan saling tidak mempercayai.

5. Kepimpinan yang lemah.

6. Meninggalkan amalan islam.

7. Tiada motivasi.

8. Krisis beragama sama ada ghuluw dalam beribadah ataupun pemimpin terjebak dengan sekularism.

Apa kekuatan yang kita ada? (peserta senaraikan sendiri)

1. Saya adalah muslim : Islam menguatkan umatnya sebagai misalan pejuang Gaza yang tegar pertahankan wilayah dan agama mereka.

2. Kita ada ramai Rohingya yang kaya di Malaysia mahupun di Bangladesh.

3. Sejarah Rohingya telah lama sejak tahun 1500 M lagi.

Bengkel Pertama (diurus oleh Cikgu Azmi).

1. Setiap peserta diminta melukis peta Arakan.

2. Setiap peserta diminta menandakan di manakah rumah mereka.

3. Urusetia membuat senarai nama kampung dan daerah di Arakan yang merupakan tempat asal peserta yang hadir.

a) Maung Daw

b) Buthi Daung

c) Akyab

d) Rethe Sara

e) Bas Sara

f) Hari Tula

g) Kawar Bill

h) Mrauk oo

i) Palauk Taung

j) Nazir para

k) Paran pru

l) Nurullah para

m) Than Dwe

n) Ponyo Leik

o) Nynung Chanung

p) Kyan Shara Bill

q) Hanza

r) Zoo Parang

s) Parin

t) Satter Para

u) Taung Bazar

v) Bali Bazar

w) Ali Chang

x) Rwa Goan Para

y) Haw Chai Para

4. Penjelasan Cikgu Azmi: Peserta diminta melukis peta negara dan menanda nama kampung mereka adalah untuk menilai sejauh mana ingatan dan jiwa mereka kepada kampung halaman mereka. Malah ilmu geografi dan pengetahuan demografi adalah prasyarat untuk membebaskan Arakan. Perjuangan adalah di atas alasan realiti bukannya fantasi dan khayalan. Peserta perlu mengemaskini maklumat keadaan di Arakan serta mengambil tahu hal ehwal saudara mereka disamping mengejar keduniaan di Malaysia.

Bengkel kedua

1. Peserta diminta menyanyikan lagu kebangsaan Arakan.

2. Kebanyakan peserta tidak meghaafalnya malah malu untuk menyanyikannya. Terdapat banyak pendapat yang mana satu lagu kebangsaan yang sebenarnya. Hal ini menilai betapa keterhakisan warisan tamadun mereka sejak di asak oleh Burma bermula tahun 1962 lagi.

Sesi malam adalah Kuliah oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (Pengerusi SHURA) berkisar tentang kewajipan berjuang dalam satu taifah (kumpulan).

Sesi pagi ahad 30 Mei dimulakan dengan perbincangan pengurusan dan halatuju RSM.

Penubuhan jawatankuasa dan pengemaskinian.

- Penaung

- Sekreteriat

- Biro

Peserta menyenaraikan 10 syarat pemimpin RSM

  1. Menyerah diri kepada Allah
  2. Yakin akan kemenangan dan kejayaan dalam setiap strategi.
  3. Patuh akan perancangan dan arahan.
  4. Benar
  5. Sabar
  6. Fokus dalam bidang masing-masing.
  7. Bekorban untuk berjaya.
  8. Akhlak islamiyyah.
  9. Taqwa
  10. Hablum Minallah

Skop kerja biro-biro RSM

  1. Biro agama
    • Dialog dengan jabatan agama negeri-negeri.
    • Aktiviti perayaan dan hari khas Islam.
    • Latihan pendakwah Rohingya.
  2. Biro pendidikan
    • Memorandum kepada kementerian Pelajaran
    • Kursus kemahiran guru-guru Rohingya.
    • Wujudkan kurikulum pendidikan di madrasah Rohingya.
  3. Biro Ekonomi.
    • Membeentuk jaringan usahawan Rohingya.
    • Wujudkan peniaga Rohingya cemerlang.
    • Memastikan ada peserta Rohingya dihantar ke pusat latihan kemahiran tempatan.
  4. Biro latihan dan pembinaan keupayaan.
    • Latihan komunikasi antarabangsa
    • Latihan kepimpinan Rohingya tempatan di serata malaysia.
  5. Biro Pengurusan pejabat
    • Urus pejabat
  6. Biro Diplomasi
    • Perhubungan dengan OIC, asean, UNHCR, NAM, SAARC, IHRS (islamic human Right Society)
  7. Biro komunikasi dan advokasi
    • Perhubungan kita dengan kerajaan Malaysia.
    • Seminar awam mengenai isu-isu Rohingya.
  8. Biro kesihatan
    • Klinik kesihatan Komuniti Rohingya Zon Utara
    • Dokumentasi tahap kesihatan Rohingya.
    • Penerangan dan checklist tahap kesihatan anak-anak serta mengatur senarai imunisasi dan pemeriksaan gigi berkala kanak-kanak Rohingya serta aturan penjagaan eksihatan ibu mengandung.
  9. Biro kemajuan wanita
    • Latihan vokasional
    • Siri localised women gathering
  10. Biro kemanusiaan
    • Hubungan dengan polis
    • Kendalikan kes pelaria tanpa dokumen
    • Wujudkan jaringan dengan NGO yang perjuang isu Rohingya.

Bengkel ketiga

  1. Peserta diminta buat bulatan. Fasi menunjukkan jari pada peserta. Peserta yang ditunjuk perlu menyebut nombor 1,2,3 dan seterusnya tanpa berhenti dan tersekat-sekat.
  2. Moral : perlu menerima kesalahan rakan-rakan seperjuangan, kerja dalam satu pasukan, jangan menyalahkan orang lain sahaja, kejayaan sesuatu perkara bukan sekadar disebabkan oleh satu individu.

Sesi wacana : Bagaimana mengumpul dana?

  1. Lembaga tabung Pembangunan kemanusiaan Rohingya.
  2. Keluarkan risalah RDHF
  3. Strategi
    1. Surat rayuan korporat.
    2. Jamuan Rohingya
    3. Tabung di kaunter dan masjid.
    4. Ramadhan Drive.
    5. Penerbitan risalah nasib rohingya.
    6. Memohon tabung kemanusiaan Malaysia.
    7. Menyedia dan mengedar laporan aktiviti RSM.
    8. Iklan di akhbar
    9. Sampul surat rumah ke rumah.

Takwim Tahunan RSM

  1. Pusat Perkhidmatan Kesihatan Rohingya Zon Utara (Ogos 2010)
  2. Persidangan akhbar mengenai bantuan kecemasan di Kutu palong Bangladesh (Jun 2010)
  3. Hantar surat kepada Kedutaan Bangladesh di malaysia untuk batal pengusiran pelarian Rohingya ( Jun 2010)
  4. Tubuh tabung kemanusiaan RDHF (Nov-Dec 2010)
  5. Memorandum kepada kerajaan Malaysia mengenai peluang pendidikan anak-anak Rohingya ( Julai 2010)
  6. Memorandum kepada menteri kesihatan (Sept 2010)
  7. Malam Kesenian Rohingya (Okt 2010)
  8. Dialog Rohingya dengan JAIK (Julai 2010)
  9. Dialog dengan JAIP ( Ogos 2010)
  10. Dialog denganJAWI (Sept 2010)
  11. Memorandum khas kepada DYAM memohon mengadap pada bulan Puasa.

Ucapan wakil negeri peserta RSM

  1. Rata-rata peserta berasa berpuas hati terhadap silibus bengkel ini malah ingin bekerjasama merealisasikan perancangan ini serta bersedia bekerjasama dengan warga tempatan. Peserta berasa semakin memahami halatuju perjuangan serta ingin mengeratkan perpaduan sesama mereka untuk menjayakan misi da visi Rohingya.

Pengamatan Urusetia terhadap barisan kepimpinan Rohingya di Malaysia.

  1. Memahami bahasa melayu secara mudah.
  2. Ada yang mahir berbahasa Inggeris.
  3. Kurang sikap patriotik terutama peserta yang bukan dari kelompok agama.
  4. Kurang cakna dan sensitif dengan isu agama malah agama belum menajdi titik kesatuan mereka secara efektif.
  5. Masih kabur dengan senario di negara mereka.
  6. Selesa dengan kemudahan mengumpul harta di Malaysia.
  7. Usahawan belum ada sikap takaaful sesama mereka lagi menadangkan perjuangan nafsi-nafsi berlaku apabila fasa pelarian yang hadir ke Malaysia bukan berlaku secara serentak.

Sekreteriat MUDA-Teras akan berganding bahu membantu CI, Teras dan SHURA merealisasikan Taqwim kerja RSM ini serta bersama warga Rohingya berjuang nasib mereka atas nama agama dan aqidah.

Disediakan oleh:

Muhammad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA-Teras

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)