Sunday, May 31, 2009

Kelas SPAQ-Sabtu 6Jun2009


KELAS SPAQ

Pengajian Kitab Aqidah Tohawiyyah
dan
Pembentangan Kes Aqidah Mohd Ridzuan-isu tertutup


Sabtu
6 Jun 2009
9 malam
Kelas KAFA USM


Sila hadir dengan niat berjuang aqidah dan ilmu.
Jangan lupa bawa kitab bersama

Tuesday, May 26, 2009

Risalah Aura Islam ke-8


Kepada pejuang aqidah sekalian. Skuad Penyelamat Aqidah telah mengeluarkan Risalah Aura Islam edisi Mei yang baru. Walaupun agak lewat, saya tetap rasakan anda semua berminat untuk muat turun dan sebarkan kepada rakan-rakan serta masyarakat. Jadikan amalan menyebar risalah sebagai Jihad I'lamiy kita.

http://www.uploadmb.com/dw.php?id=1243401470
Risalah SPAQ 8 Mei 09.pub
[URL=http://www.uploadmb.com/dw.php?id=1243401470]Risalah SPAQ 8 Mei 09.pub[/URL]

Muhammad Nuruddin Bashah
Pengerusi SPAQ

Tuesday, May 5, 2009

Maklumat kes perbicaraan Muhd Ridzuan


Maklumat kes perbicaraan Muhd Ridzuan

S
aya berkesempatan hadir ke perbicaraan kes Muhd Ridzuan ( 5 Mei 2009) di mahkamah Tinggi Ipoh Perak. Sebenarnya perbicaraan di sini adalah begi mendengar hujah pihak Isteri (Indra) yang menyatakan pihak Ridzuan telah melanggar perintah mahkamah. Apa yang saya faham, pihak peguam Ridzuan berhujah bahawa telah ada perintah mahkamah syariah yang membenarkan pihak Ridzuan mendapat hak jagaan anak. Kes ditangguh hingga 12 Mei.

Saya berkesepatan bersama peguam PEMBELA, peguam pemerhati, bersama Pakcik Norman Ghani daripada Muafakat yang mengikuti kes ini dari awal lagi, bersama YDP ABIM Perak serta ustaz wan Ahmad tarmizi Pengerusi TERAS Perak.

Kami pemerhati muslim tidak dibenarkan masuk, sementara pihak keluarga wanita serta penyokong India dibenarkan masuk. Kami berasa agak tidak berpuas hati.

Satu penjelasan umum tentang kes ini akan di adakan oleh ABIM pada 10 Mei nanti.

Teras telah mengeluarkan kenyataan media sementara saya akan membuat sedikit kupasan umum kes ini nanti.

Saudara Muhd Ridzuan tidak hadir sendiri kerana atas sebab keselamatan. Saudara Azman (peguam pemerhati) berpendapat semua umat Islam perlu mengetahui selok belok undang-undang sivil demi menjaga kemandirin dan keutuhan Islam. Beliau menceritakan pesanan Saidina Umar mengenai keperluan mengetahui selok belok jahiliyyah. Saya bersetuju dengannya. TERAS Perak akan bekerja sama dengan Muafakat dan ACCIN untuk memahamkan rakyat akan isu ini sekaligus memobilasi penyokong pada masa akan datang.

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha Teras Perak
Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Teras menyeru umat Islam peka dengan isu aqidah umat

Mengikuti kes hak penjagaan dan agama anak Mohd Ridzuan, menyebabkan kita faham bahawa kes-kes hak penjagaan anak bagi mana-mana individu yang menganut Islam atau yang bertukar agama akan senantiasa berulang. Walaupun telah beberapa kali keputusan mengenai kes sebegini telah dibuat namun penafsiran berbeza bagi pengamal undang-undang serta campur tangan pihak eksekutif menyebabkan kes-kes aqidah menjadi tidak keruan.

TERAS Perak berpendapat bahawa perlunya umat Islam baik di peringkat nasional mahupun yang berlokaliti setempat denga kes-kes sebegini, agar cakna dan peka dengan perjalanan perundangan sebegini. Ukhuwah persaudaraan kerana Islam perlu ditonjolkan dan ditampil dalam bentuk kebersamaan dalam isu sebegini. Alhamdulillah selain TERAS, pihak ABIM Perak, Muafakat dan ACCIN serta PEMBELA sentiasa peka dan perihatin akan perjalanan kes ini sekaligus member jaminan kepada mualaf yang mengalami permasalahan yang sebegini.

Jika kita lihat hari ini, kelompok hak asasi, peguam sivil serta badan-badan liberalis-sekularis, kian rancak menyatukan paduan tenaga untuk menjamin hak mereka menurut fahaman mereka. Walaupun hak terhadap Islam banyak dipelihara melalui Perlembagaan Persekutuan, namun jika umat Islam atau badan-badan Islam leka dan alpa dalam menjaga kebajikan dan ukhuwah sesame kita, maka syariah dan aqidah kita mudah untuk diburaikan.

Generasi tarbiah di kalangan pendakwah awam, penggerak gerakan Islam perlu menampilkan sikap perihatin kita dengan menghulurkan bantuan baik dari segi pemikiran, tenaga, wang ringgit dan kepakaran masing-masing demi agama kita.

Selain itu dalam hal kita mendepani cabaran abad ini, mengetahui perundangan sivil, pemahaman perlembagaan Malaysia serta akta-akta perundfangan adalah suatu keperluan. Jika dahulu jihadnya dengan pedang, kinin jihad dengan kepetahan dan kefasihan dalam pemikiran, berhujah dan mengetahui pentas pertahanan Islam era ini. Jika sesetengah pendakwah mengabaikan pengetahuan am, pengetahuan undang-undang bukan Islam, pengetahuan berdebat dan ilmu sains politik, maka umat Islam akan terus ketinggalan. TERAS berpendapat, perlunya pendakwah serta umat Islam kita mengkaji dan terus mengkaji serta memiliki ‘self research’ walaupun di mana sahaja kita berada.

Adalah amat diharapkan, agar kita umat akhir zaman menyatukan paduan kerja melalui ukhuwah yang syumul disamping menggilap kepakaran melalui ilmu-ilmu tambahan seperti yang dinyatakan tersebut.

Pengerusi TERAS Perak
Ustaz Wan Ahmad Tarmizi

Thursday, April 30, 2009

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN-PERTUBUH AN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN-PERTUBUH AN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)
29 APRIL 2009 / 4 JAMADILAWAL 1430

Kami pertubuhan-pertubuh an NGO Islam yang bergabung di bawah PEMBELA menyeru seluruh lapisan rakyat Malaysia agar bertenang dalam menghadapi kemelut berkenaan dengan isu agama yang tercetus kembali baru-baru ini susulan kes Muhammad Ridzuan Abdullah dan Indira Ghandi. Seruan ini berasaskan pada kebimbangan kami bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini.

We, a coalition of Islamic NGOs under PEMBELA call upon all Malaysians to be calm in facing the religious issue emerging out of the case concerning Muhammad Ridzuan Abdullah and Indira Ghandi. This call is based upon our concern that it may affect the harmonious relationship between races in this country.

Perbicaraan kes ini masih dijalankan, baik di Mahkamah Syariah mahupun Sivil. Justeru, PEMBELA berpandangan proses undang-undang perlu dibiarkan berjalan tanpa tekanan dari mana-mana pihak. Kami merayu semua pihak yang berkenaan dan yang mempunyai kepentingan supaya tidak mengambil kesempatan atau memperalatkan perbezaan yang timbul di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

The case is still in the courts, both Syariah and Civil. PEMBELA holds the opinion that the due process of law be let free to take its own course without any undue pressure from any party. We call upon all those involved and other interested parties to refrain from taking advantage arising from any differences between the Syariah and Civil Courts.

Sehingga keharmonian undang-undang dapat dipersetujui, PEMBELA meminta semua pihak menghormati undang-undang syariah dan undang-undang sivil. PEMBELA tetap mematuhi ajaran Islam dan akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab membela hak-hak orang Islam dan masyarakat Malaysia umumnya, secara adil dan saksama. PEMBELA sedang menjalankan kajian mendalam berkaitan konflik undang-undang syariah dan sivil dan bersedia bertemu dengan mana-mana pihak bagi mencari penyelesaian yang terbaik.

Until the harmornisation of the laws is achieved, PEMBELA urges all parties to respect both the Syariah and Civil Laws. PEMBELA will continue to abide by the teachings of Islam and will continue to discharge its duties and responsibilities in upholding the rights of Muslims and Malaysians in general, justly and equitably. PEMBELA is currently undertaking an indepth study in the area of conflict between the Syariah Laws and the Civil Laws. We are ready to meet anybody in our quest for the best resolution.

Dalam menangani sebarang konflik membabitkan perundangan syariah dan sivil, PEMBELA menyarankan satu penyelesaian jangka panjang harus diusahakan agar ia mampu membawa kebaikan kepada semua pihak. Sebarang perbezaan pendapat harus disalurkan menerusi proses perbincangan ilmiah dan rundingan membabitkan pelbagai pihak agar semua perbezaan ini dapat diselesaikan tanpa menjejaskan kestabilan Negara.

In attending to any conflict involving Syariah and Civil legislations, PEMBELA suggests that a long-term solution that serve the common good be worked at. Any differences in opinion need to be channelled through a thorough intellectual discussion and negotiation involving all the stakeholders. In this way any contention can be resolved without affecting the stability of the state.

Kami juga menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan keharmonian Malaysia dapat ditingkatkan atas semangat persefahaman, muhibbah dan setiakawan di antara semua kaum.

We urge our Muslim community to continue our supplications to Allah with the performance of solat hajat and other prayers so that this issue will be resolved amicably and that harmony in Malaysia be improved through mutual understanding, muhibbah and solidarity amongst all races.

Bagi Pihak PEMBELA

Monday, April 27, 2009

Diskusi dan Bengkel PPSMI SPAQ ( tekad pertahan Bahasa Melayu dan bahasa ibunda kaum lain)

Berjaya juga bengkel khas SPAQ berkisar isu anti PPSMI dan langkah mempertahankan Bahasa Melayu dan bahasa etnik lainnya yang telah diadakan di USM, malam Sabtu yang lalu. 8 orang wakil Mahasiswa dari berbeza pertubuhan dan latar belakang bersedia mempertahankan Bahasa Melayu dan bahasa etnik lain daripada dicemari tindakan eksekutif yang melulu dan menceroboh. Saya selaku moderator telah meminta mereka menyenaraikan dan menjelaskan kefahaman mereka dari segi sejarah Bahasa Melayu, etimologi dan terminologinya, ibtila dan ujian sepanjang perjuangan mempertahankannya serta apa sahaja akta perundangan yang berkaitan dengannya. Alhamdulillah, mereka mampu menjelaskannya dengan baik malah memiliki pengetahuan cukup berkaitan isu ini.

Saya bentang dan jelaskan pula 10 perkara penting di mana PPSMI telah mencalar akta, perlembagaan dan dasar pendidikan negara. Saya bentangkan perlembagaan malaysia, dasar pendidikan, akta pendidikan 1961 dan 1996, falsafah pendidikan negara, dasar kebudayaan kebangsaan dan Laporan Razak serta laporan Rahman Talib. Sejarah serta pertikaian akta 152 juga diperdebatkan. Insya Allah mereka akan membentang plan tindakan dan cara untuk menyebarkan dan memahamkan masyarakat sekeliling berkaitan isu ini. Pada saya, kaedah bengkel kecil tetapi serius ini lebih berkesan dan memiliki kemampuan impaknya tersendiri. Saya telah melaporkan kepada Cikgu Azmi, Presiden TERAS berkaitan 8 petugas bahasa ini.


Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Media TERAS
Koordinator Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)










Thursday, April 23, 2009

Dakwah non Muslim di Queensbay

Salam.
Insyaallah pada 26/4/09 Kelab Mahasiswa IPSI USM dengan kerjasama SPAQ akan mengadakan dakwah kepada non-muslim bertempat di Queensbay. Program ini bertujuan untuk berdakwah kepada non-muslim dengan memberikan penjelasan tentang Islam.


Tempat berkumpul: Depan masjid USM
Masa: 11.00 pagi


Taklimat tentang perjalanan program akan diberikan sebelum program dimulakan. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi 013-5055980( Sakinah).


Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan memberikan kita kelapangan waktu untuk berdakwah di jalanNYA. Jazakallah.

NURSAKINAH SUARDI
Anak Muda Cinta Dakwah (AMiD)

Wednesday, April 22, 2009

Kerja Amal Cawangan SPAQ di Selangor dan Sabah

Alhamdulillah, SPAQ sebagai satu platform dan pentas untuk muda mudi menjalankan kerja amal Islami berkelompok telah berjaya memecah lokaliti Pulau Pinang dan terbukti boleh disebarluaskan kerja-kerja kita.

Untuk makluman wakil serta cawangan Skuad Penyelamat Aqidah di Selangor dan di Sandakan, SPAQ adalah sebuah NGO dan diterasi oelh kelompok mahasiswa serta bekas mahasiswa. Lantaran itu tekstur bahan dakwah, bentuk pengisian serta pemberatan ke arah kualitatif lebih kelihatan seperti gerakan intelektualisme. Namun begitu SPAQ akan cuba sedaya upaya memenuhi tuntutan amal yang holistik serta boleh digarap dalam pelbagai sektor dan lapangan demi merealisasikan harapan fardu ain dan kifayah kita bersama.

Untuk permulaan bagi anda yang ingin bergiat dalam SPAQ, ingin menubuhkan cawangan dan kelompok wakil bagi kami, anda boleh memulakan dengan sebaran risalah yang SPAQ sediakan. Anda boleh dapati melalui blog baru SPAQ http://skuad-penyelamat-aqidah.blogspot.com serta blog lama kami di http://skuad.wordpress.com .

Untuk melatih menjadi penggerak Isu Islam anda boleh menjawab isu persoalan agama, aqidah di tempat anda. Isu aqidah amat banyak di Sabah pada pendapat saya. Gunakan logo dan nama SPAQ untuk anda buat risalah sendiri, kenyataan media atau apa sahaja yang boleh untuk menzahirkan agama di sana. Anda boleh tubuhkan kumpulan kajian agama dan aqidah untuk memenuhi tuntutan dakwah di sana. Dapatkan enakmen undang-undang negeri, perintah mahkamah dan peraturan agama Islam di negeri anda. Kumpul statistik serta adakan diskusi dan bengkel ilmiah anda sendiri. Untuk dapatkan bahan bercetak dan contoh bahan bengkel SPAQ, sila hubungi saya (017 62 91368) atau email ke
jihadin82@yahoo.com.

Dakwah kendiri atau fardiah adalah punca kecemerlangan kerja agama. Anda jangan menunggu ramai penggerak baru memulakan langkah. Langkah mula kita adalah punca permulaan ketumbukan dakwah.

Untuk membawa kami dari Pulau Pinang pada saya tidak mustahil jika kita bersama boleh bersedia dari segi kewangan. Walau apa pun saya lebih suka jika anda boleh bergerak sendiri serta membina kerja sendiri walaupun anda menggunakan nama SPAQ dalam kerja amal anda.

Untuk pengetahuan anda semua SPAQ memiliki 2 sektor utama iaitu AMIM (anak muda cinta masyarakat) serta AMID ( Anak muda cinta dakwah). AMIM lebih menjurus kepada dakwah non muslim. AMID pula lebih kepada dakwah sosial. Bagi isu umum agama SPAQ akan terus mengeluarkan bahan sebaran dan kenyataan media untuk disebarkan. Jadi anda boleh melakukannya di tempat anda sendiri.

Terima Kasih atas perhatian dan kesudian anda bersama kami.

Muhammad Nuruddin Bashah
Koordinator 1 SPAQ

Monday, April 20, 2009

Diskusi 25 April 2009

DISKUSI
Dasar PPSMI,
isu Melayu dan Islam,
raja dan politik
moderator :
Muhammad Nuruddin Bashah (Koordinator 1 SPAQ)
Sabtu, 25 April 2009, 9 mlm
Kelas Kafa USM
Sesi diskusi ini adalah terbuka untuk perbincangan semua

Tuesday, April 14, 2009

Laporan dan Aktiviti Terkini AMiM

Susulan daripada Latihan Aktivis Dakwah dalam Isu Sosial (LANDAS) yang disertai pada 28 dan 29 Mac yang lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) yang diwakili oleh Presidennya, S. M. Mohamed Idris telah mengeluarkan kenyataan media pada minggu lalu, mendedahkan permasalahan gejala sosial yang melanda remaja kini. CAP sebelum ini bekerjasama dengan Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) dengan dipandu oleh Ustaz Kamaruddin Kassim telah turun ke beberapa kawasan yang menjadi sasaran remaja dan belia di Sugai Petani. LANDAS yang turut disertai oleh beberapa aktivis lain ini juga telah berjaya mengumpul bahan dan fakta berkenaan gejala kurang sihat yang berlaku seperti penagihan dadah serta penggunaan gam dan arak. Semasa kenyataan media dikeluarkan oleh Presiden CAP, botol-botol arak serta gam yang telah digunakan turut ditunjukkan kepada media sebagai bukti.

Sememangnya langkah yang diambil oleh CAP ini telah 'membuka mata' lebih ramai pihak. Kesannya dapat dirasai apabila seorang penceramah di majlis yang disertai oleh kebanyakan kaum ibu pada hari Ahad yang lalu (kebetulan saya juga menyertai majlis ini), turut menyarankan agar ibu-ibu yang hadir mengambil tahu aktiviti anak-anak selain turut sama mengambil contoh dari fakta serta bukti yang ditunjukkan ketika kenyataan media oleh CAP. Pendedahan oleh CAP serta usaha yang dilakukan oleh UNGGAS seharusnya diberi sokongan dan galakan yang berterusan. Selain itu, modul LANDAS yang dipelajari sebaiknya disebarluaskan serta diaplikasikan di mana jua aktivis berada.

Untuk makluman, perjumpaan untuk projek pertama kutipan dana UNGGAS yang dijadualkan pada 11 April yang lalu telah ditunda ke satu tarikh yang belum dipastikan. Walaupun begitu, penggerak untuk 'team' penjanaan dana UNGGAS masih diperlukan. Sekali lagi saya menyeru pada mana-mana ahli SPAQ yang ingin menghulurkan bantuan dari segi komitmen masa dan tenaga, sila hubungi Wardah (012-5296690) atau Ketua Penggerak Anak Muda Cinta Masyarakat, Hisyam (013-4424132).

Pada cuti semester yang akan datang (Mei-Julai 2009), kumpulan aktivis dari UUM yang pernah menyertai LANDAS bersama SPAQ pada 7-8 Mac yang lalu, telah merancang untuk melakukan aktiviti yang sama di Kelantan. SPAQ telah dijemput untuk bersama menyertainya. Makluman susulan akan diberitahu kemudian. Semua penggerak AMiM serta ahli SPAQ amnya diharapkan dapat mengikuti aktiviti ini dan bersedia menggunakan masa cuti semester dengan sebaik-baiknya.



Wardah bt Abdul Rahman

Aktivis SPAQ, Pulau Pinang.

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)