PROGRAM 'TAJA MEREKA' BERJAYA TARIK PENYUMBANG RAI ANAK ROHINGYA DI SUNGAI PETANI
SUNGAI LAYAR- 10 JULAI 2015
Program Taja Mereka yang merupakan produk aktiviti kebajikan oleh NGO Kindness Malaysia telah berjaya diadakan di Rumah Pejabat MAPIM di Sungai Layar kelamrin dengan meraikan sekitar 80 pelajar-pelajar anak Rohingya yang bernaung di sekolah Rohingya Learning Centre MAPIM di Sungai Petani.
Majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Nuruddin Bashah dimulakan dengan ucapan aluan wakil MAPIM Ustaz Muin diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada wakil Salimah Ustazah Rubiah.
2 sampul duit raya setip pelajar disumbang oleh Kindness dan Salimah pada petang sebelum berbuka.
Muhammad Nuruddin selaku pengarah Taja Mereka kali ini mengucapkan ribuah terima kasih dan bersyukur atas sumbangan para penyumbang sekitar Sungai Petani terutama daripada staf Yuasa Battery, pelajar USM, kenalan Facebook malah ada yang tertarik menyumbang hanya melalui iklan whasapp. Nuruddin juga menjelaskan betapa pentingnya pada Ramadhan kita mencontohi sikap Rasulullah yang giat bersedah hingga diungkap oleh para Sahabat bagainda bagaikan angin lalu.
Program diserikan juga dengan sumbangan sekotak alatulis oleh En Azrul Razak selaku Koordinaor Kindness Utara yang juga menyampaikan ucapan terima kasih dan kegembiraan beliau atas kejayaan majlis meraikan golongan yang memerlukan ini.
Nuruddin selaku Pengarah Program
Maryam...
Pengempen taja Mereka di Yuasa
Anak Muhajirin Rohingya
Aktivis Kindness memeriahkan majlis.
Maryam dan abg-abg angkatnya....
Ustazah Rubiah tengah berucap
Wakil Kindness berucap
En Azruk Koordinator Kindness Utara beri duit raya...