MEMBONGKAR KEJAHATAN FREEMASON DI SEBALIK
ALIRAN PEMIKIRAN & REVOLUSI DUNIA
oleh
Koordinator 1 SPAQ
(Saudara Muhammad Nuruddin Bashah)
- Tayangan video
- Nota disediakan
Sabtu (28 Februari 2009)
5 ptg
Dewan Muzakarah, USM
Suatu kempen menyebar kebaikan dalam bentuk apa sekalipun, dalam nilai serendah mana sekali pun berasaskan pegangan - wa man ya'mal misqala zarratan khairan yarah
Sabtu-21 FEB:Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk (SDMM) anjuran JIM dengan kerjasama SPAQ telah diadakan bertempat di DK C bermula jam 8 pagi-6.30 petang. Seramai 46 orang peserta telah menyertai seminar ini yang terdiri dari pelajar USM dan juga IPPP. Seminar ini memfokuskan dakwah kepada yang bukan Islam dan untuk melatih peserta agar mampu untuk berhadapan dengan mad'u dan menyampaikan risalah Islam.SDMM ini merupakan permulaan untuk menggerakkan kumpulan AMiD (Anak Muda Cinta Dakwah) di dalam SPAQ.
Pada sebelah pagi, peserta diberikan pengisian oleh Hj Muhammad Fitri Abdullah tentang kewajipan berdakwah kepada muslim dan juga non-muslim. Beliau telah menjelaskan ciri-ciri yang patut ada dalam setiap individu yang bergelar daie. Antaranya kefasihan lidah berkata,keberanian untuk menyatakan pendapat, bebas dari taklid dan yang paling utama, berani berkorban dan berani menderita kerana jalan dakwah akan dipenuhi dengan onak dan duri. Sebagai daie, kita perlu bersedia berkorban harta,masa bahkan nyawa dan perlu bersedia menghadapi segala cabaran dan halangan.
Menurut Ustaz Fitri juga, dalam pelaksanakan dakwah, kita memerlukan perancangan yang teliti agar apa yang kita lakukan akan memberikan 'high impact' kepada mad'u kita. Kita perlu mengenali siapa mad'u kita. Sentiasalah menyambut mereka dengan mesra dan berikan penghormatan dengan ikhlas dan bertoleransi dengan kesilapan dan kekurangan yang ada pada mereka. Seorang daie yang hebat perlu sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun.
Peserta juga didedahkan dengan teknik dan komunikasi dakwah oleh Syaikh Abdullah. Allah telah berfirman di dalam surah al-Imran ayat 104 dan juga 110 yang menunjukkan kepentingan berdakwah. Beliau menerangkan banyak cara untuk berdakwah. Sepatutnya ia tak menjadikan alasan buat kita untuk tidak berdakwah.
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah al-Imran:104)
Sesi yang terakhir adalah sesi menjawab soalan lazim yang selalu ditanya oleh bukan Islam kepada kita. Sebagai seorang Islam, kita seharusnya mempunyai hujah bagi semua pertanyaan oleh bukan Islam kepada kita dan juga buat diri sendiri. Dengan ini kita tidak akan goyah dan seterusnya dapat menjaga kesuciaan dan kemurniaan agama Islam dari sebarang fitnah.
Insyaallah program in akan diteruskan setiap bulan. Pada minggu ke-3 setiap bulan JIM akan mengadakan dakwah lapangan. Bagi yang berminat boleh menghubungi Akhi Yusni 0195266677 dan Sakinah 0135055980. Diharapkan usaha yang dilakukan tidak berhenti di sini. Insyaallah..
Nursakinah Suardi
Anak Muda Cinta Dakwah(AMiD)
Skuad Penyelamat Akidah (SPAQ)
AMiM komited dengan aktiviti seumpama ini memandangkan perayaan Hari Valentine yang disambut di seluruh dunia termasuk oleh anak muda muslim dapat menggugat aqidah umat islam memandangkan perayaan tersebut mempunyai asal usul yang dikaitkan dengan kehancuran umat islam di Sepanyol oleh golongan Kristian. Namun masyarakat islam yang tidak mengambil tahu tentang fakta tersebut seolah-olah meraikan detik-detik kehancuran saudara-saudara mereka sendiri.
Rata-rata masyarakat terutamanya para remaja islam menyambutnya tanpa mengetahui asal usul perayaan yang mereka sambut itu. Jadi, aktiviti-aktiviti berbentuk penerangan kepada masyarakat merupakan langkah yang baik bagi mengatasai masalah ini.
Penyebaran risalah berkenaan Valentine’s Day tersebut mendapat respon yang baik daripada para pengunjung. Risalah tersebut dikhususkan kepada para remaja muslim terutamanya kepada pasangan lelaki dan wanita, remaja yang tidak menutup aurat serta remaja-remaja yang sedang melepak.
Hisyamuddin Bin Kamarudin
Anak Muda Cinta Masyarakat (AMiM)
Salam tahniah Huda kerana telah mendapat tajuk yang ingin anti bentang dalam Seminar Anak MUda untuk Anak MUda : Mengenali Aspek Terpencil Dalam Ketamadunan Islam.
Antara pembentang yang telah dilantik adalah;
Zhafri
Nadhir
Sakinah
Fariza
Huda
Wardah
Nuruddin
Aifa
Pembentang diminta sms saya tajuk yang berkaitan ketamadunan untuk ana luluskan nanti.
Huda telah meminta Tajuk Layanan dan Fungsi Wanita dalam sejarah ketamadunan ISlam. Kajian kita adalah kritikal. Tidak perlu menceritakan yang baik-baik sahaja, copy paste atau salin sahaja ayat buku. Kajian perlu memberi pandangan sudut positif , nilai kesyumulan Islam serta aspek negatif juga. Bagaimana aspek negatif? Sebagai contohnya bagaimana kekejaman beberapa khalifah Islam terhadao wanita. Diskriminasi wanita pada akhir kekhalifahan Uthmaniyyah sebagai contoh. Asakah itu salah Islam? Ia adalah akibat ketamakan dan salah laku pemimpin Islam. Kajian perlu holistik dan adil.
Saya harap kertas kerja bukan sekadar sebuah kajian tasyji', motivating atau ingin membangkit kekaguman terhadap tamadun Islam sahaja tetapi kajian yang benar dan tepat dengan senario sebenar.
Antara tajuk dan skop yang boleh diambil kira seperti Penyusunan, pengurusan dan perluasan sistem ketenteraan Islam di Zaman Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah; suatu perbandingan.
Kajian ini mungkin akan menceritakan kegagahan tentera Islam, rahsia kekuatan mereka serta bagaimana mereka boleh jatuh kembali. Aspek kelemahan tentera ISlam serta campur tangan politik KHalifah dan istana yang melemahkan ketenteraan boleh dikaji.
Tajuk lain seperti Pengaruh dan campur tangan bangsa Turki Khawrizm dan Saljuk dalam pemerintahan Abbasiyyah yang membawa keruntuhan empayar Abbasiyyah.
Tajuk lagi adalah Kebangkitan Empayar Ilmu di Dunia Islam serta fungsi bahasa Suryani sebagai perantaraan ilmu Yunani ke dunia Islam.
Tajuk lain lagi yang saya cadangkan adalah Dasar liberal Khalifah Abbasiyyah yang membawa kepada kebanjiran idea liberalis-rasionali s Muktazilah di dalam keilmuan Islam.
Ini antara aspek yang ana boleh berikan sebagai gambaran. Berikan tajuk kepada saya, dan saya akan betulkan aspek yang mungkin kalian tidak nampak.
Seminar ini lain-dari yang lain. Jika badan-badan lain hanya menjempur pemikir, pensyarah dan pengkaji tersohor untuk seminar mereka, saya pula ingin menjemput mahasiswa yang belum graduate untuk bentang hasil pengamatan, cermatan dan kajian mereka. saya inginkan keikhlasan dan kesungguhan demi membangkitkan pendakwah informatif, profesional dan proaktif di P.Pinang.
Saya optimis nama yang saya senaraikan adalah yang terbaik untuk membentangkan tajuk yang dipilih sendiri.
Saudara Hisham tidak akan dibebankan dengan seminar ini kerana ia akan memikul tanggungjawab yang lebih berat dalam Dakwah USM yang lain.
Perasmi kita nanti adalah Dr. Fadhullah Jamil. Tarikh Seminar akan dimaklumkan nanti. Saya menantikan kebangkitan pembentang kertas kerja kritikal nanti dan ia pentanda baik kepada dakwah di IPP dan USM sebagai pusat penyebaran keilmuan Islam oleh anak-anak muda.
Muhammad Nuruddin Bashah
Koordinator 1
Skuad Penyelamat Aqidah
Tarikh : 14 Feb 09 (Sabtu)
Masa : 8.30 pg – 1.00 tgh hari
Tempat : Dewan Kuliah I, USM
Program : Forum Demi Kekasih – “Di Sebalik Kedurjanaan Hari Valentine”
Panel : Dr Fadhlullah Jamel(USM), Ustaz Kamaruddin Kassim(Koordinator UNGGAS) dan panel jemputan khas.
Anjuran : Jaringan Pemuda Da‘wah Islamiyyah (JUNDIYY)
Tarikh : 14 Feb 09 (Sabtu)
Masa : selepas solat Asar (berkumpul di surau Queensbay)
Tempat : Queensbay
Program : Edaran risalah anti-Valentine
Anjuran : Kelab Remaja Lestari(KRL), Nisa’, Jabatan Mufti
Individu perhubungan SPAQ : Hisyam-0134424132
Tarikh : 14 Feb 09 (Sabtu)
Masa : 6.00 ptg (berkumpul di Masjid Sg Nibong) – 4.00 pg
Tempat : sekitar Pulau Pinang
Program : Latihan Aktivis Da’wah Dalam Isu-isu Sosial (LANDAS) edisi khas hari Valentine-program turun ke lapangan mendekati remaja & belia berpasangan di kawasan-kawasan sekitar Pulau Pinang.
Anjuran : JUNDIYY
Individu perhubungan SPAQ : Hisyam-0134424132
Tarikh : 21 Feb 09 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg – 6.30 ptg , 8.30 mlm – 10.30 mlm
Tempat : DK C, USM
Program : Bengkel Dakwah Non-Muslim,
Public Talk: "Muhammad. The most influential man in the world. Why ?" oleh Ustaz Mohd Fitri Abdullah
Anjuran : JIM
Individu perhubungan SPAQ : Sakinah-0135055980/ Nadhir-0134743620
* Bengkel Dakwah Non-Muslim pada 21 hb adalah langkah awal untuk gerakkan kumpulan AMiD (Anak Muda Cinta Dakwah) di dalam SPAQ. Diharapkan semua ahli dapat memberi respon yang segera.
Tarikh : 22 Feb 09 (Ahad)
Masa : 8.00 mlm – 10.30 mlm
Tempat : Dewan Muzakarah, Pusat Islam USM
Program : Bengkel Pembentangan Isu Sosial oleh AMiM (Anak Muda Cinta Masyarakat)
Anjuran : LANDAS-SPAQ
Individu perhubungan SPAQ : Hisyam-0134424132
Tarikh : 1 Mac 09 (Ahad)
Masa : 8.30 mlm - 11.30 mlm
Tempat : Dewan Kuliah SK4, USM
Program : Bicara Cinta Remaja oleh Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com)
Anjuran : JUNDIYY
Tarikh : 7 & 8 Mac (Sabtu & Ahad)
Tempat : Sungai Petani
Program : Praktikal Dakwah Remaja/Masyarakat oleh AMiM (Anak Muda Cinta Masyarakat)
Anjuran : LANDAS-SPAQ
Individu perhubungan SPAQ : Hisyam-0134424132
Tarikh : hujung bulan Mac
Tempat : belum ditetapkan lagi
Program : Tamrin SPAQ
Anjuran : SPAQ
Individu perhubungan SPAQ : Zhafri-0194554508
Di celahan rasa cemas dan sedih umat Islam dalam mengikuti penderitaan umat Islam di Gaza, dalam kekecohan politik tempatan di Malaysia, Sister In Islam mengambil peluang pula untuk mengadakan Wacana ajaran sesat mereka secara terbuka. Saya menggesa Pihak Menteri Hal Ehwal Agama, Pihak Mufti Wilayah serta JAWI mengambil tindakan terhadap SIS yang terlalu banyak memesongkan aqidah umat Islam di Malaysia. Forum Hal Ehwal Islam, seminar dan sambutan Maulidur Rasul tidak akan Berjaya menjaga iman rakyat Malaysia jika pihak berkuasa masih membenarkan ajaran sesat ‘halal’ ini berleluasa.
Muhammad Nuruddin Bashah
PUMPP selar penganjuran MUSAWAH membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam
Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dengan ini menyelar sekeras-kerasnya program ‘Musawah’ iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS). Pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulama’ muktabar.
Perjumpaan ini bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulama’ Islam muktabar. Mereka yang hadir termasuklah Muhammad Khalid Masud iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.
200 Liberalis Muslim telah dijemput dari 40 buah negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lebih lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2009 bagi menghadiri mesyuarat 5 hari tersebut. Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka. PUMPP melihat perjumpaan dengan dana besar ini berkemungkinan disokong oleh kepentingan barat dengan tujuan meliberalkan Islam dan mengharapkan pihak penguatkuasa dapat menyiasat punca sumber-sumber dana membiayai program terbabit.
Perjumpaan ini juga akan akan memberi persepsi dan negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Syariah yang mendiskriminasi wanita terutama apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk (The United Nations Special Rapporteur on Violence Against Women) yang akan merasmikan perjumpaan tersebut.
PUMPP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut seolah-oleh tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak autoriti agama dalam negara seperti JAKIM dan Majlis Mufti.
Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang bakal dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al-Qur’ān dan al-Hadīth dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki. Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala syari‘at yang dibawa oleh al-Qur’ān dan al-Sunnah.
PUMPP juga mengharapkan kumpulan-kumpulan dan masyarakat bukan Islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan Liberal Islam ini dan tidak campurtangan dalam urusan aqidah dan prinsip-prinsip ajaran Islam sepertimana Islam mengajar penganutnya untuk tidak campurtangan dan menghormati dalam ajaran agama-agama lain sepertimana penegasan al-Qur’ān:
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (109:6)
109:6 Unto you, your religous law, and unto me, mine!
Sehubungan dengan itu, PUMPP menyelar pelaksanaan program ini dan dilihat bakal merosakkan lagi aqidah umat Islam di Malaysia seterusnya membawa perpecahan kepada umat Islam dan member persepsi yang salah kepada Islam kepada semua pihak termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangan di Malaysia.
Dr Wan Salim Wan Mohd Nor,
Yang di Pertua,
Persatuan Ulama’ Malaysia
cawangan Pulau Pinang (PUMPP).